BEST 2017 SONGS

BEST 2017 SONGS

BEST 2017 SONGS | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Seperti biasa awal-awal tahun ni mesti ramai yang update pasal best of 2017 kan? Momi telah menghimpunkan semua lagu yang Momi suka dan selalu dengar untuk tahun 2017 ini. Sebanyak 70 buah lagu telah 'shortlist' kan dari lagu-lagu tahun 2017 dan Momi telah memilih 10 Buah Lagu Pilihan Momi untuk tahun 2017! Tak sempat buat sampai 30 buah lagu sebab kekangan masa. Pilhan Momi adalah muktamad dan mengikut apa yang Momi selalu dengar.  Let's check!

10 Love So Soft - Kelly Clarkson
Lirik & Susunan Lagu : Maureen "Mozella" McDonald, Jesse Shatkin, Priscilla Renea
Producer : Jesse Shatkin

Tempat ke-10 jatuh kepada lagu nyanyian Juara American Idol yang pertama, Kelly Clarkson menerusi lagu "Love So Soft". Lagu ini merupakan single pertama dari album terbaru Kelly Clarkson "Meaning Of Life". Sebuah lagu yang best dan power, cuma kurang mendapat sambutan dari pendengar. Muzik videonya juga menarik, cantik dan nampak 'classy'.


Sumber : Kelly Clarkson Channel

09 Gorgeous - Taylor Swift
Lirik & Susunan Lagu : Taylor Swift, Max Martin, Shellback
Producer : Max Martin, Shellback

Tempat Ke-9 jatuh kepada lagu nyanyian Taylor Swift, "Gorgeous". Lagu ini merupakan lagu dari album terbarunya "Reputation" dan merupakan single promosi untuk album tersebut. Momi suka dengan lagu ini sebab kedengaran manja-manja gitu. First time dengar terus suka sangat dan terus dengar sehingga kini. Tidak pasti sama ada lagu ini akan jadi lagu single utama dan akan ada muzik video. Harapnya adalah ! hehe.

Sumber : Taylor Swift Channel

08 Holiday + All Night - Girls' Generation

All Night
Lirik: Kenzie
Komposer: Ollipop Daniel. Caesar Ludwig. Lindell Hayley. Aitken Caesar & Loui
Susunan Lagu :  Ollipop Daniel. Caesar Ludwig & Loui

Holiday
Lirik: Seohyun, JQ, Kim Hye-jung
Komposer: Lawrence Lee, Marta Grauers, Louise Frick Sveen
Susunan Lagu :  Lawrence Lee

Tempat Ke-8 jatuh kepada lagu dari 'legendary K-pop Girl Group', Girls' Generation. Lagu sempena ulangtahun ke-10 Girls' Generation, "All Night" & "Holiday" single dari album ke-6 "Holiday Night" Momi letak dalam tempat yang sama. Bagi Momi kedua lagu ini ada keistimewaan tersendiri dan tak pernah miss dengar sejak ia di-release-kan. Tahun 2017 juga menyaksikan Sooyoung, Tiffany dan Seohyun tidak sambung kontrak bersama SM Entertainment, namun mereka tidak dibubarkan cuma masa depan Girls' Generation masih belum diketahui. Kini tinggal lima anggota yang masih kekal : Taeyeon, Hyoyeon, Yoona, Yuri dan Sunny. Let's hope mereka keluarkan lagu pada masa hadapan. Still love Girls' Generation!

Sumber : SM Entertainment Channel


Sumber : SM Entertainment Channel

07 Wolves - Selena Gomez, Marshmello
Lirik & Susunan Lagu : Selena Gomez, Alexandra Tamposi, Louis Bell, Marshmello, Andrew Watt, Brian Lee, Carl Rosen
Producer : Marshmello, Andrew Watt

Tempat ke-7 menjadi milik "Wolves" nyanyian penyanyi Selena Gomez bersama Marshmello. Pada tahun 2017, Selena telah me-release-kan tiga buah single secara mengejut iaitu "Bad Liar", "Fetish" dan "Wolves". Antara tiga lagu tersebut, Momi paling suka lagu Wolves ini sebab dia berentak EDM dan part korus dia best! Sure you gonna love this!


Sumber : SelenaGomezVevo Channel

06 Red Flavor - Red Velvet
Lirik: Kenzie
Komposer: Daniel Caesar, Ludwig Lindell
Susunan Lagu :  Caesar & Loui

Tempat ke-6 jatuh kepada lagu "Red Flavor" nyanyian kumpulan K-pop, Red Velvet. Momi boleh katakan ini merupakan 'comeback song' yang paling best dari Red Velvet untuk tahun 2017. Lagu ni lebih 'fresh' dan 'catchy' berbanding dua lagu comeback mereka; "Rookie" & "Peek-A-Boo". Muzik video sedikit unik sebab ia berkaitan dengan buah-buahan.


Sumber : SM Entertainment Channel

05 Look What You Made Me Do - Taylor Swift
Lirik & Susunan Lagu : Taylor Swift, Jack Antonoff, Richard Fairbrass, Fred Fairbrass & Rob Manzoli
Producer : Taylor Swift, Jack Antonoff

Tempat kelima jatuh kepada lagu "Look What You Made Me Do" yang dinyanyikan oleh Taylor Swift. Selepas tiga tahun menunggu bila lagu dan album terbaru Taytay nak keluar, akhirnya tahun ini beliau release juga album ke-6 nya yang berjudul "Reputation". Berbalik kepada lagu ini, Momi rasa puas hati menunggu selama tiga tahun selepas mendengar lagu ini. Memang lain dari kebiasaan yang biasa dibawa oleh Taylor Swift. Kebetulan semasa lagu ini keluar ada benda yang berlaku pada Momi, then lagu ini sangat membakar jiwa haha. Most memorable part dalam lagu ini ialah"I'm sorry, the old taylor can't come to the phone right now, why oh cause she's dead". 


Sumber : TaylorSwiftVEVO

04 AS IF IT'S YOUR LAST - BLACKPINK
Lirik: TEDDY, BrotherSu, CHOICE37
Komposer: TEDDY, FUTURE BOUNCE, Lydia Paek
Susunan Lagu : FUTURE BOUNCE, TEDDY

Tempat keempat jatuh kepada AS IF IT'S YOUR LAST yang dinyanyikan oleh BLACKPINK. Satu-satunya lagu asal BLACKPINK yang di-release-kan di Korea untuk tahun 2017. Lagu ini sangat hype masa dikeluarkan, Momi dengar selama dua bulan tanpa henti haha. Momi suka pada bahagian korus lagu ini, sangat catchy dan buat Momi enjut bahu hehe. Untuk pengetahuan anda, lagu ini juga disiarka dalam filem "Justice League" (2017) semasa adengan Bruce Wayne bertemu dengan The Flash. Serius memang teruja habis. Tahniah BLACKPINK.


Sumber : BLACKPINK Channel

03 Likey - Twice
Lirik : Black Eyed Pilseung, Jeon Gun
Komposer : Black Eyed Pilseung, Jeon Gun
Susunan Lagu : Rado

Tempat ketiga jatuh kepada lagu nyanyian Twice, "Likey"! Mula-mula dengar dah rasa suka sangat. Bagi Momi, ini merupakan lagu terbaik untuk Twice bagi tahun 2017. Lagu ini sangat 'catchy' pada bila pertama kali dengar dah boleh hafal bahagian "Likey Me Likey Likey Likey, Me Likey Likey Likey" pada bahagian awal lagu. Muzik dan tariannya juga nampak fresh


Sumber : JYP Entertainment

02 New Rules - Dua Lipa
Penulis Lirik : Caroline Ailin Emily Warren Ian Kirkpatrick
Komposer & Susunan Lagu : Kirkpatrick

I got new rules I count em. Yes! "New Rules" merupakan lagu nyanyian Dua Lipa. Mula-mula tak ambil tahu sangat lagu ni, tapi adik Momi asyik recommend dengar lagu ni. Jadi lama-lama jadi suka pula lagu ni. Lagu ini sesuai untuk mereka yang lepas putus cinta dan nak lupakan ex haha. Muzik video yang ditelah ditonton sebanyak 900 juta tontonan (setakat 17 Januari 2018) ini memang ramai orang buat cover. 


Sumber : Dua Lipa Channel

01 Gashina - SUNMI
Penulis Lirik : Teddy Park, Sunmi, 24, Joe Rhee
Komposer : Teddy Park, 24, Joe Rhee
Susunan Lagu : 24, Joe Rhee

Tempat pertama jatuh kepada "Gashina" yang dinyanyikan oleh Sunmi! First time dengar lagu ini memang dah suka habis sambil goyang-goyang bahu. Lagu ini diterangkan sebagai "dancehall-style synthpop number that rocks an Eastern-style atmosphere and a distinct rhythmic bass sound". Koreografinya yang seksi dan lincah ini sering dicover oleh beberapa artis dalam rancangan TV. Untuk pengetahuan anda, Sunmi merupakan ahli kumpulan Wonder Girls yang telah dibubarkan pada awal 2017. Untuk tahun 2018, Sunmi akan hadir dengan single terbaru pada bulan ini dengan judul "Heroine".


Sumber : 1theK Channel


Top 11~30

11 Hobgoblin - CLC
12 Dusk Till Dawn - ZAYN ft. Sia
13 Perfect - Ed Sheeran
14 Don't Say No - Seohyun
15 Palatte - IU feat. G-DRAGON
16 Fine - Taeyeon
17 WEE WOO - PRISTIN
18 Havana - Camila Cabello ft. Young Thug
19 ...Ready For It? - Taylor Swift
20 Yes No Maybe - Suzy
21 Never Enough - Loren Allred
22 Goodbye - 2NE1
23 Rookie - Red Velvet
24 Finally - Amuro Namie
25 Jampi - Hael Husaini
26 DNA - BTS
27 Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah
28 I AM ME - DSV
29 Pematah Hati - Nabila Razali
30 BRAND NEW MORNING - Morning Musume. '17

fin.

Post a Comment

3 Comments

Cik Ash said…
semua lagu english dan korea.. hihihihi.. akak dah lama tak layan lagu english n korea.. best pulak dengar lagu ni...
Pojiegraphy said…
Great list. Nampaknya lagu-lagu bahasa Inggeris dan Korea mendominasi your best 2017 songs list!
heee banyak lagu KPOP.. suka suka hehe.. paling suka Likey dalam list Momi ^^