Stay Strong, Ayah

Stay Strong, Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sekejap sahaja masa berlalu. Ayah dah sebulan dekat ICU, dengan keadaannya yang sama mungkin juga lebih tenat. Selama tiga puluh hari disini, ramai yang datang melawat, menceriakan dan buat kami senang hati seketika. Terima kasih sangat-sangat. Dah lama nak update mengenai ayah ni, cuma hati tak kuat minggu lepas. Lot things happen disekeliling Momi.


Masih melalui hari-hari biasa, masih kuat semangat untuk pergi kerja. Walaupun hati ni rindu sangat dekat ayah. Momi teringat minggu lepas masa ayah dah di tebuk dekat bahagian leher, untuk penafasan. Lepas tu semalam juga satu bahagian lagi tepi perut dah kena tebuk. Bila tengok keadaan ayah masa tu macam boleh rasa sakit kalau ayah sedar nanti. Hati tak rela tapi nak tak nak kena hadapi juga.

Baca Juga : Rindu Suara Ayah

Beberapa hari lepas tu, ayah punya reaksi tak sama macam selalu. Bila panggil tak layan, mata masih tertutup dan tak genggam tangan pon. Tengok darah ayah masih kena cuci. Ada satu hari tu tiba-tiba tak dapat tahan sebak tengok keadaan ayah, kesian sangat tengok ayah. Ayah bernafas sekarang ikut leher, lepas tu dia menanggung sakit lepas tebuk. Boleh nampak pada wajahnya. Kebetulan masa melawat Momi sorang je ada dekat ayah, doktor panggil nak cakap something.


Stay Strong Ayah
Ayah

"Keadaan ayah kamu sedang tenat. Harap bersedia dengan sebarang kemungkinan"
"Kami cuba sedaya upaya, memandangkan jantung, buah pinggang dan parunya tak berapa okay."

Momi rasa kosong. Blank. Tak tahu nak react macam mana, nak buat apa. Terus pandang ayah. Rasa risau sangat dah. Keluar je dari situ, bagitahu emak dengan Amy apa yang doktor cakap. Mak terangkan semuanya dan Momi dah faham sekarang. Dalam hati dah menahan sebak. Malam tu, tidur sambil bergenang air mata. Rindu sangat.

Beberapa hari berikutnya, Mak cerita yang doktor kata hati ayah beransur pulih, ada sikit nanah yang keluar. Sekarang paru-paru, jantung dan buah pinggang ayah tak berapa baik sangat, perlukan rawatan rapi. Lepas tebuk leher, ayah tak nak buka mata sangat. Semalam seronok sangat bila dapat tengok reaksi yang positif dari ayah. Walaupun ayah tak boleh bercakap buat masa ini, Momi dengan Kak Long tetap ajak ayah berborak. Mata dia dari tak nak buka langsung, terbuka luas. Itu sudah memadai.

Sekali lagi, saya wakil ayah nak mohon sekiranya ayah saya ada salah dan silap, maafkan ayah ya. Doakan ayah saya cepat sembuh, ada perkembangan positif dan dipermudahkan urusannya.

Semoga ayah terus kuat ya!
Rindu sangat dah ni :')

إرسال تعليق

21 تعليقات

‏قال PeRdU cINta
Allahu...sama2 kita berdoa...sokong dengan ayat-ayat Al Quran...seberapa banyak dan kerap yang boleh...mukjizat luar biasa insyaAllah ianya menjadi terapi untuk ayah Momi..amin..
‏قال MaisarahSidi
semoga ayah Momi cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah

www.maisarahsidi.com
‏قال Mawardi Yunus
semoga pakcik cepat sembuh. kami doa dari jauh. Amiin
‏قال Asri ali gur
Semoga ayah Rafzantomomi cepat sembuh dan sihat semula seperti.sedia kala...Aminn..
‏قال Hasif Hamsyari
Semoga cepat sembuh, pakcik. Amin.. Dan untuk Abang Momi, terus kuat ya. Jangan pernah henti berdoa. Moga dipermudahkan segalanya.
‏قال Nuha Nawawi
Bersabar dan banyakkan berdoa. Saya juga pernah melalui situasi yang sama dimana ibu ditidurkan selama 2 bulan kerana keadaannya yang tidak stabil. Sering usap dan hidrasikan kulitnya.
‏قال Suria Amanda
Semoga cepat sembuh buat ayah momi...terus teringat masa leher akak ditebuk dulu..memang tak boleh cakap..komunikasi macam ayam dan itik..akak rasa akak bercakap minta sesuatu tetapi takde siapa boleh faham..at last cuma tulis di kertas aje...akak doakan ayah momi kuat semangat untuk sembuh...
‏قال Aryl_Je
Stay strong bro. Doa kami dari jauh. Moga dipermudahkan segala urusan dan sembuh macam biasa. In Sha Allah...
‏قال ANZ
Semoga semuanya dipermudahkan dan cepat sembuh:) Allah always with you
‏قال Alia Farhan
Semoga dipermudahkan urusan momi sekeluarga...
Stay strong momi
‏قال NEEZA
Momi tabah dan kuatkan hati dan diri ya. In Shaa Allah ayah Momi akan sembuh. yang penting jangan putus berdoa okay. take care
‏قال Mahamahu
Sama2 kita doakan moga ayah Momi kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Saya nak makan kat restoran pakcik nanti...
‏قال Bella Jamal
Semoga tabah dan dimudahkan urusan awak dan keluarga. Saya sedih sb jarang jumpa famili. Huhu
‏قال Azlinda
Stay strong akk doakan moga ayah momi cpt sihat
‏قال sayaidaydotcom
Ya Allah momi, sebak pulak baca ni. stay strong taw momi. Iday doakan supaya ayah momi beransur sembuh.
‏قال Azirahman
Stay strong yer..moga dipermudahkan urusan momi dan moga pakcik juga kembali sembuh.
‏قال Henry Tan
hope he get well soon! you stay strong too ya!

YourFinanceDoctor
‏قال Rawlins GLAM
Saya doakan agar semua urusan dan kesihatan ahli keluarga Momi terjaga. Momi pun kena kuat jua ye.
‏قال Hanny Abdullh
Sedihnya momi..akk dpt bayangkan perasaan momi skrg. Bertabah dn berdoa byk2 ya.
Moga dipermudahkn segalanya
‏قال Ruby
Semoga ayah momi cepat sembuh. Sentiasa doakan ayah tau. Solat jangan tinggal k.
‏قال Tengkubutang
Semoga cepat sembuh.. tak tahu nak kata apa lepas baca entri ni.. tahu perasaan awak .. tabahkan hati yea..