Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Jika sebelum ini Momi pernah ke Gua Tempurung pada April 2016, kali ini Momi nak kongsi pengalaman Momi semasa menyertai Sixth Mile Tunnel, antara tarikan Lost World Advanture Park di Lost World Of Tambun, Ipoh Perak. Sebenarnya baru tahu ada aktiviti-aktiviti lasak dekat LWOT ni. Berjayakah Momi dan rakan-rakan melepasi halangan sepanjang 6 batu perjalanan?

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Kelengkapan Keselamatan Semasa Sixth Mile Tunnel
Sebelum memulakan perjalanan ke Sixth Mile Tunnel, kami dibekalkan dengan topi keselamatan, jaket keselamatan, lampu suluh kepala, air mineral dan biskut manisan. Kesemua barang ini diberi untuk memastikan keselamatan kami terjaga. Ia mengambil masa 3 jam perjalanan untuk melengkapkan Sixth Mile Tunnel (3 batu pergi & 3 batu pulang). Peringatan : Kalau boleh smartphone, kamera besar tak perlu bawa, kecuali jika anda ada Go-Pro. 

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Naik Bot
Aktiviti ini bermula di kawasan glamping, dimana Momi dan rakan-rakan akan menaiki bot yang disediakan ke terowong tersebut. Sebelum bermula memang Momi dah rasa cemas tapi nasib baik ditenangkan oleh rakan-rakan, mungkin sebab nervous nak melalui halangan dan cabaran untuk Sixth Mile Tunnel nanti hehe. Kami dihantar ke kawasan seberang untuk berjalan kaki ke terowong tersebut.

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Jalan Kaki
Semasa berjalan kaki, kami tidak dibenarkan untuk buat bising, mungkin akan menganggu kawasan perumahan sepanjang jalan itu. Jalan dalam 7-8 minit macamtu, dah tiba dekat X-Camp dimana kawasan terowong itu berada disini.  Sebelum masuk ke terowong kami diberi taklimat ringkas, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa melalui terowong tersebut. 

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Cabaran Ketika Melalui Sixth Mile Tunnel
Untuk ke terowong, kami WAJIB berjalan melalui kolam yang penuh lumpur. Dekat sini memang habis basah dah baju anda, jangan nak cecantik dah haha. Sekarang lebih mudah untuk seberang kolam penuh lumpur tersebut menggunakan tali. Sejenis Momi, yang tak berapa boleh dengan aktiviti air ni mula-mula cuba juga untuk terapung demi menyelamatkan kasut tapi tumpas di saat yang kelima (naik balik darat ya hahaha!). Atas keprihatinan penjaga yang membawa kami kesini, saya terpaksa naik rakit yang disediakan. Serius memang sangat mendebarkan tapi masa tu tak fikir apa dah, terus naik dan dibawa oleh abang penjaga. 

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Sampai juga dekat depan terowong tu walaupun kaki dah menggigil, takut jatuh haha. Seterusnya, Seorang demi seorang berbaris untuk masuk ke dalam terowong. Dalam terowong ni memang gelap dan perlukan bantuan lampu untuk melaluinya. Setelah dibekalkan dengan lampu di kepala, tak perlu risau. Pada awalnya perjalanan okay sahaja dan air masa tu dah paras pinggang. Semakin lama air semakin cetek dan cetek sehingga paras buku lali. Ada sesekali kami kena membongkok dan merangkak untuk melaluinya hehe.

Disitu dapat lihat pembuatan kristal secara semula jadi. Sememangnya tidak rugi berjalan sejauh 3 batu untuk melihat pembuatan kristal ini. Tetapi kena berjaga-jaga semasa berjalan, kami dinasihatkan supaya elak untuk tersentuh batu pembuatan kristal ini kerana dikhuatiri membantutkan proses pembuatan tersebut. | Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Kami juda dinasihatkan untuk tidak letakkan lampu kepala terlalu tinggi, takut menganggu kelawar-kelawar yang melalui terowong tersebut. Sekali sekala nak suluh takpe, jangan selalu hehe. Tapi masa perjalanan mesti akan rasa kelawar terbang melalui sebelah anda. Ada sekali tu sampai tersuluh kelawar, dua dua menjerit haha! Maafkan kite kelawar.

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya kami berjaya keluar dari terowong untuk berehat seketika menikmati kehijauan hutan. Mujurlah kami dibekalkan dengan air mineral dan biskut manisan supaya kami tidak kehausan dan kelaparan semasa rehat. Kami berehat kira-kira 20-30 minit macamtu. Bergambar sikit-sikit. Seterusnya kami meneruskan perjalanan keluar melalui jalan yang kami lalui tadi.

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya melepasi rintangan-rintangan sepanjang perjalanan Sixth Mile Tunnel. Terima kasih rakan-rakan sebab membantu saya sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Terima kasih juga buat abang penjaga yang bawa saya naik rakit, amatlah saya hargai. Pastinya ia satu pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan dari masuk sampailah keluar hehe. Entri seterusnya Momi akan share tentang Glamping dan apa Tarikan yang ada di Lost World Of Tambun. Stay tuned ya !

Untuk anda yang nak cuba Sixth Mile Tunnel, Lost World of Tambun, sila layari : 

No. Telefon : 
05-5408801/02

Email :
lwhreservation@sunway.com.my

Photo credit to Penaberkala.com
Edit by me.

إرسال تعليق

32 تعليقات

‏قال Tunsha Ayunie
Bestnya Momi! Akak teringin gila nak buat aktiviti macam ni tapi kudrat tak ada. Sedih! Enjoy tengok Momi and the geng :)
‏قال Rafzan Tomomi
terima kasih kak :)
‏قال Bahrain
seram juga kalau masuk terowong gelap macam tu... jangan benda lain muncul sudah la.. haha
‏قال Rafzan Tomomi
hahahahaha ada kelawar banyak. fikiran dah fikir kelain dah masa ni hahaa
‏قال Mahagosip
U oll boleh masuk dan boleh keluar ker Alhamdulillah hehehehe janga marah kita kena berani betul tak jangan lak #langgarbatu lepas ni wakakakaka..
‏قال Rafzan Tomomi
heyyy carutsss hahahaha. berapa kali langgar batu dalam tu hahahaha.
‏قال Suria Amanda
Untung la Momi...kalau akak x tau la bleh ke x masuk explore gua ni...menakutkan..
‏قال Rafzan Tomomi
hehee. pengalaman yang menakjubkan. dapat tengok cara pembuatan kristal. memang berbaloi :)
‏قال غير معرف…
I have been here. It's fun
‏قال Rafzan Tomomi
yesss.. lots of fun hehe
‏قال Mek Onie
weiiiiiiii nak p lagiiiiiiiiiiiiii! Best gila, sesapa yang p LWOT ni dan nak cuba aktiviti lasak i suggest aktiviti 6th mile tunnel ni, dalam ni boleh tengok kristal yang matang dan belum matang lagi. Banyak sejarah boleh tengok dalam terowong ni,serius best! Thumbs up LWOT!
‏قال Rafzan Tomomi
jom oniee. kita repeat lagii. hihi
‏قال Hanny Abdullh
Seronoknya buat aktiviti macam ni. Dulu mmg sis suka buat gini tapi skrg kena pencen..tak larat rasanya dengan lutut pun dah tak kuat..:D
‏قال Hasif Hamsyari
Ala ala... Nak ikut. Nak teroka gua jugakkk. Jomlah plan trip lagikk! 😩
‏قال Ruby
Bestnya!!! Bilalah dapat nak buat aktiviti macam ni lg. Sekarang bercuti dengan anak-anak masuk hotel yang ada swimming pool atau theme park. kemudian makan tido. hahaha. sebab jaga mereka pun dah penat macam aktiviti lasak. hahaha
‏قال Rafzan Tomomi
memang seronok kak. dapat pengalaman baru. hihi
‏قال Rafzan Tomomi
nanti ada pergilah kan bulan ni? haha
‏قال Rafzan Tomomi
hahahahaha faham tu. tak perlu aktiviti lasak lain hehe
‏قال Sensation2u
Ahh lovenyaa aktiviti meredah hutan. Apatah lagi 6 batu perjalanan. Last involved aktiviti macam ni sedekad lebih hehehe.
‏قال marshalizadotcom
Seronoknya aktiviti macam ni. Lepas bersalin boleh buat aktiviti lasak balik. Tq sharing 😘😘
‏قال Rafzan Tomomi
hihi iyee. kena warm up balik nanti hehe.
‏قال yaya_flanella
Hihi comel momi! Hm bilalah nak pergi lost world of tambun ni dari zaman diploma dulu teringin tau
‏قال Rafzan Tomomi
ye sis. seronok. tu laaa. lepas dah pantang boleh get ready dah hehe
Teringat akak zaman muda remaja, sekarang ni dah masuk 5 series, tumpang senyum aja lah
‏قال Nik Ainaa
nak ke sana tu bayaran termasuk dgn tiket masuk lost world of tambun ke? teringin nak pergi n join aktiv camni tapi jauh la plk huhu
‏قال Rafzan Tomomi
hi yayaa ! tu la . ni pon first time pergi sana, walaupun dah 3 tahun study kat sana haha
‏قال Alia Farhan
Seronoknya...xsangka pulak mcm2 ada kt Lost World Tambun ni ya...
‏قال Bro Framestone
Kenapa dengan kasut ek momi hahahah Bro kalau aktiviti air terutamanya berakit ke apa, memang xpakai kasut...

Tapi aktiviti macam nie, tak pernah try lagi
‏قال Rafzan Tomomi
hehehe. saya tolong senyum sekali hehee
‏قال Rafzan Tomomi
harga lain rasanya. sebab dia part of adventure park :)
‏قال Rafzan Tomomi
saya pon tak sangka sis. terkejut tetiba kena masuk gua haha
‏قال Rafzan Tomomi
sebab kasut nak kena bawak jalan masuk ke gua tu bro. kalau tak nanti, kaki tak rupa kaki dah hahaha. mostly perjalanan berliku sebab banyak batu :)