Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum & Salam Sejahter gais ! Anda pernah bermalam secara glamping? Tahukah anda dekat Lost World of Tambun ada pakej glamping yang bertemakan "A Five Billion Star Experience" (Pengalaman Lima Billion Bintang). Ia pasti merupakan pengalaman yang menarik untuk anda berglamping bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Baru-baru ini, Momi bersama rakan blogger diberi peluang untuk merasai suasana Glamping di Lost World Of Tambun selama 2 hari 1 Malam.

Glamping Di Lost World Of Tambun

Lokasi Glamping di Lost World Of Tambun ini terletak di dalam taman tema yang berlokasi di Lost World Adventure Park, berdekatan dengan landmark batu "Needle of Tambun" dan kawasan Lost World Tin Valley. Kami dijemput dari pintu masuk Lost World Of Tambun dengan menaiki Buggy yang disediakan khas. Ada lebih dari 5 buah khemah yang terletak dikawasan yang berteduh dibawah pokok dan sebuah khemah ditempatkan diatas boat.

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Pertama kali masuk dalam khemah Glamping ini rasa terpegun sebab ada katil saiz Queen dan tilam dia memang empuk macam dalam hotel. Khemah ini boleh memuatkan lebih dari 4 orang dengan dengan tambahan 2 katil single. Boleh dikatakan memang tidur dengan nyenyak diatas tilam empuk tu. | Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Dah nama pon glamping, haruslah manja-manja sikit sebab disediakan 2 buah kipas untuk keselesaan anda dalam khemah. Selain itu, jika anda ingin charge bateri phone atau kamera, power socket juga turut disediakan (lagi best kalau bawak plug extention sendiri). Menariknya, diluar khemah disediakan tempayan dan 'batuk' untuk memudahkan anda basuh kaki sebelum masuk ke dalam khemah.

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Kalau bab tandas pula, kini Lost World Of Tambun menyediakan tandas yang lebih selesa untuk mereka yang menginap di Glamping. Tandas dan tempat mandi dekat sini memang cantik dan serba baru. Memang selesa nak mandi, ada shower panas dan sejuk mengikut keselesaan anda.  Malam tu kami sempat bersantai-santai depan 'Camp Fire' sambil berborak selepas kepenatan beraktiviti sewaktu pagi sehingga malam.

Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Tarikan Di Lost World Of Tambun
Memandangkan kami dah bermalam selama semalam di sini, rugilah jika tak mencuba tarikan-tarikan yang ada di sini sebab harga yang dibayar untuk Glamping ini termasuk tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari. Menarik kan? Antara aktiviti menarik di Lost World Of Tambun ialah Lost World Hotspring, Lost World Tin Valley, Lost World Water Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Amusement Park dan banyak lagi. Untuk penerangan mengenai tarikan di Lost World Of Tambun, akan diupdate kemudian. 

Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Harga Glamping di Lost World Of Tambun 2017

4 pax (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) - RM588
Pakej termasuk : 
- 1 King Bed , 2 Single Bed
- Buffet Breakfast di Garden Terrace untuk 4 orang
- Tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari - 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak (bernilai RM452)
- Power Socket
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Kipas

2 pax (2 Dewasa) - RM438
Pakej termasuk : 
- 1 King Bed
- Buffet Breakfast di Garden Terrace untuk 2 orang
- Tiket masuk Taman Tema untuk - 2 Dewasa 2 Hari (bernilai RM 240)
- Power Socket
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Kipas

Tambahan untuk orang ke-3 (Dewasa atau Kanak-Kanak) - Bermula RM105
Pakej termasuk : 
- Single Bed
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari 

Untuk maklumat lanjut mengenai Glamping dan Taman Tema di Lost World of Tambun, sila layari : 

No. Telefon : 
05-5408801/02

Email :
lwhreservation@sunway.com.my

Terima kasih Lost World of Tambun !

إرسال تعليق

40 تعليقات

‏قال Portal HRs
Wow... Menarik... Cantik sangat tempat... Macam Admin rasa nak pegi je..
‏قال Rafzan Tomomi
yes . mesti pergi :)
‏قال Mawardi Yunus
nak pergi lagi la lepas ni. berbaloi dengan boleh masuk taman tema sekali kan
‏قال Rafzan Tomomi
ye awak. nanti kita repeat lagi ek hihi
‏قال Hanny Abdullh
Pengalaman pertama Glamping masa kat Tanah Aina. Memang syiok. Lepas ni nak cuba kat sini pulak lah.
‏قال Mahamahu
Muat ker duduk 4 orang satu bilik tu hehehehe.. tapi khemah tu besar luas cuma mandi kat mana?
‏قال Rafzan Tomomi
tandas disediakan uols hihi. already mention diatas :D
‏قال Rafzan Tomomi
wahh ye kak. kena cuba sini. :D
‏قال The Smell of Coffee
Best nye! Memang ade plan nak ke sana..mayb end of this year la yeayyy
‏قال Rafzan Tomomi
yeayy. make sure amek pakej glamping ni tau hihi :)
‏قال Kak Su
Woww, best nya, first time akak dengar glamping ni, yang akak tau camping ja zaman muda remaja dulu hehe
‏قال cindy
ooo best la..i nak try with my fren also.....nature best la!
‏قال Hasif Hamsyari
Bestnyaaa... Tak sabar nak rasa sendiri pengalaman ni. Harga pun taklah mahal untuk famili! hihi
‏قال Rafzan Tomomi
hehe. tu lah. Glamping ni pon saya dengar last year. memang best hehe
‏قال Rafzan Tomomi
you should try. ;D
‏قال Rafzan Tomomi
betul tu adik. memang best. harga pon berbaloi :D
‏قال Alia Farhan
Wow..bestnya..teringin nk camping tpi nak ada kipas bagai..so kena glamping la gayanya kan...
Bwk anak2 try ni pun best ni
‏قال Bro Framestone
Adeh, memancing sungguh bunyinya nie.. Nanti nak pergi honeymoon berdua la dekat sini he...23x
‏قال Rafzan Tomomi
ye sis, glamping ada semuanya hehe.
Bawaklah family ke sini, berbaloi. :)
‏قال Rafzan Tomomi
hhahahaa sangat kan. pergilah honeymoon sini bro hehehe
‏قال Nik Ainaa
murah jugak kalau rm500 utk 4 org. mesti sejuk je bangun pagi sbb tido dlm khemah, nasib baik ada tilam
‏قال Rafzan Tomomi
yesss.. memang murah dan berbaloi. hehe
‏قال Mermaid
amboi murahnyaaa bestnya.nanti ika nak try Glamping di Lost World Tambun.
‏قال Ruby
Baca blog ni, tengok Tomomi je. Comel betul. Gambar pun Comel. Hahaha. Harga mampu milik eh. Nanti bleh plan trip dengan family.
‏قال Rafzan Tomomi
betul memang murah. bawak family berbaloi sgt :)
‏قال Rafzan Tomomi
hehe. terima kasih kak. haah memang berbaloi :)
‏قال Mek Onie
momi! glamping...... rindu weiiii nak bermalam kat sana lagi, next time kita kena gather lagi ni...ehem! watermark ditengah alam, good! onie pun nak buat gitu la nanti...
‏قال yaya_flanella
Bestnya! Harga pun berbaloi utk pakej family :)
‏قال Rafzan Tomomi
Ye onie. Tk puas duduk semalam ni hahha. Ye onie kita dah prktikkan baru bru ini. Hahah
‏قال Rafzan Tomomi
Ye yaya. Nanti baby dah besar sikit boleh la pergi hihi
‏قال Khir Khalid
Mmg pengalaman yg sgt menarik dpt mcm ni.. mmg harganya pun berbaloi. Tempat pun nampak selamat.. best :)
‏قال Rafzan Tomomi
ye bang. memang berbaloi :)
‏قال Anis Hafizah
Salam, nak tanye, sesuai tak bawak anak umur 2 tahun?
‏قال Rafzan Tomomi
waalaikumsalam. in sha Allah sesuai untuk dibawa tapi kena selalu tengok-tengokkan dia hehe
‏قال mrhanafi
wah ..menarik juga,

kalau ada geng kamceng memang happening sangat tu..

harga pun amat berpatutan untuk bersantai-santai
‏قال Rafzan Tomomi
memang best pergi dengan kawan sekepala. memang happening sangat hehe
‏قال Unknown
Saya akan pegi next week saya ambik package 4 adult 2 child , nak Tanya awak haritu check in kul brp? Agak2 kalau sampai kul 10 bleh terus check in ke ?
‏قال Rafzan Tomomi
saya pergi under blogger, masuk awal sikit. Waktu check in ialah 2.00 petang dan check out 12.00 Tengah hari. untuk kepastian boleh contact pihak LWOT -

No. Telefon : 05-5408801/02
Email :lwhreservation@sunway.com.my
‏قال Hasrul Hassan
Saya mampu tgk je org lain masuk lost world ni. Tak pernah sekali pun masuk...tak mampu. Anak anak yg nak sgt masuk sini cuma dpt tgk tembok je ... Hahaha....

Mungkin lain kali.
‏قال Rafzan Tomomi
ye ke abang. In shaa Allah, one day mesti pergi. saya pon first time pergi ni hehe