Xiaomi Redmi 4A Kini Di Lazada !

This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ini Momi telah menghadiri Pelancaran Xiaomi Redma 4A  Involve Asia dengan kerjasama Lazada  di Berjaya Times Square Hotel. Rasa teruja juga sebab menjadi antara yang terawal sentuh smartphone Xiaomi Redma 4A ni. 


First time tengok smartphone ni memang cantik, sebab ia didatangkan dalam 2 warna iaitu warna Gold dan Red Rose. Bukan itu sahaja, 'design' dan bentuknya pon cantik tau. Bila pegang phone tu rasa best sebab ia nipis dan sangat ringan, hanya 131.5g dan setebal 8.5mm.



Keistimewaan Redmi 4A ialah ia mampu mengakses dua akaun media sosial dalam satu telefon. Maksudnya anda bolehakses dua akaun Whatsapp, dua akaun Instagram, dua akaun Facebook dan macam-macam lagi pada masa yang sama. 

Cerita bahagian kamera, Redmi 4A mempunyai 13 megapiksel belakang dengan LED flash, f / 2.2 aperture, mod panorama dan menyokong 1080p rakaman video HD penuh.Memang sesuai untuk Momi berselfie dan rakam video untuk Vlog ni hehe. 


Redmi 4A mempunyai screenshot album dan album berasingan. foto Panorama juga boleh dipersembahkan dalam way. Kamera 5-megapixel dan juga yang menyokong pengiktirafan muka.
Dwi-SIM Redmi 4A hibrid datang dengan slot SIM yang menyokong satu Micro-SIM dan lain-lain Nano-SIM bersama kad microSD.

Untuk pengetahuan anda, Prosesor untuk Redmi 4A adalah Quad core, Snapdragon 450 1.4GHz dan Adreno 308 GPU. Menariknya bateri mampu bertahan sehingga 7 hari dalam mod sedia dan berkapasiti 3120mAH. Redmi 4A dilengkapi dengan 2GB RAM dan 16GB ROM dan mampu untuk menampung sehingga 128GB ROM. Telefon ini merupakan telefon pintar 4G dan menggunakan perisian terkini iaitu MIUI8 serta terdapat 2 slot sim kad.


Harga sebuah Smartphone Xiaomi Redmi 4A ialah RM459.00 . Wahh memang smartphone yang mampu milik. Kalau ikutkan Spec pon dah okay sangat. Siapa ada niat nak beli handphone tu, apa kata cuba guna Xiaomi Redmi 4A. Redmi 4A telah berada di pasaran Malaysia sejak Januari 2017 lagi . Jika anda berminat untuk mendapatkan Xiaomi Redmi 4A , sila ke website Lazada sekarang !



Alhamdulillah, masa majlis berlangsung, Momi ada masuk contest Snap & Win, dan menang tempat ke-3 . Dapat voucher RM50 LAZADA. Terima kasih kepada Involve Asia & LAZADA untuk peluang ini. Serius seronok. hehehe!

Post a Comment

4 Comments

Nadia Johari said…
bestnya telefon ni..nampak menarik
Rafzan Tomomi said…
best best. harga pon okay :)
Nadhie Wueen said…
Tahniah menang contest tu. follow sini jugak :)
Rafzan Tomomi said…
alhamdulillah. Terima kasih :)