Senarai Filem Melayu 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kepada peminat filem Melayu, Momi nak senaraikan filem melayu yang akan menanti anda pada tahun 2017. Ada tak yang anda minat masuk dalam list Momi ni? Hehehe. Jom tengok !


Dorm Melati
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 25 Minit
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana
Pengarah: Eyra Rahman
Format: 2D
Sinopsis Dorm Melati :
Ia mengisahkan tentang Adam yang telah mengajak empat rakannya iaitu Zafirah, Eddy, Carol dan Raihana ke sebuah kem bernama Dorm Melati. Tujuan mereka ke sana adalah untuk melihat sendiri roh Melati yang dikatakan sering menganggu pengunjung yang datang ke Dorm Melati.

Trailer Dorm Melati : Teaser | #1 


Aku Bukan Spy
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2017
Genre: Aksi / Romantik
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: Sheunik Sdn. Bhd.
Pelakon: Hamish Daud, Siti Saleha, Ray Sahetapy, Keith Foo, Shafira Umm, Nasha Aziz
Pengarah: Danial Rifki
Format: 2D
Sinopsis Aku Bukan Spy :
Seorang lelaki Indonesia bernama Putra yang bekerja di sebuah hotel menjalin hubungan dengan seorang gadis Malaysia bernama Pevita yang turut bekerja di hotel sama. Mereka merancang ingin berkahwin di Pulau Pinang, Malaysia. Bagaimanapun rancangan mereka untuk berkahwin dihalang oleh abang Putra, Ray, yang merupakan bekas ejen perisik Indonesia apabila Ray mengetahui ibu Pevita sebenarnya seorang ejen rahsia yang telah melakukan penculikan terhadap beberapa tokoh bank dunia. Tetapi Ray dan Fariza perlu bekerjsama apabila pelbagai halangan perlu dihadapi mereka termasuk cubaan bunuh oleh kumpulan gangster.

Trailer Aku Bukan Spy : #1


Aku Haus Darah Mu
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2 Februari 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 43 Minit
Pelakon: Nad Zainal, Deanna Yusoff, Farhanna Qismina, Zoey Rahman
Pengarah: Aidilfitri Mohd Yunus
Format: 2D
Sinopsis Aku Haus Darah Mu :
Sekitar tahun 1980an, seorang ahli antropologi dan dua orang rakannya telah mengembara ke pedalaman Malaysia untuk merakam tarian suku. Apabila mereka tiba di sebuah perkampungan kecil yang diuruskan oleh seorang wanita dan pembantunya, perkara aneh dan menyeramkan mula berlaku.

Trailer Aku Haus Darah Mu : #1 | #2

Senarai Filem Melayu 2017

Soulmate Hingga Jannah
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2017
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pelakon: Taufik Batisah, Erra Fazira, Raja Ilya, Douglas Lim, Reen Rahim
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen
Format: 2D
Sinopsis Soulmate Hingga Jannah :
Seorang gadis kampung Rokiah bersemangat apabila mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur. Malangnya dia terpaksa bekerja di bawah seorang bos kejam bernama Azmeer yang merasakan dirinya "En. Sempurna". Namun semakin lama, Azmeer mula berubah hati kepada Rokiah yang mengingatkannya kepada arwah isterinya, Khalisa. Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan dilema kerana dia telah berjanji kepada isterinya yang dia tidak akan jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita lain.

Trailer Soulmate Hingga Jannah : #1 | #2


PAK PONG
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2017
Genre: Drama / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Fauzi Nawawi, Eizlan Yusof
Pengarah: Fauzi Nawawi
Format: 2D
Sinopsis Pak Pong :
Filem komedi ini mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri.

Trailer Pak Pong : #1


J Revolusi
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pelakon: Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra
Pengarah: Zul Azhar
Format: 2D
Sinopsis J Revolusi :
Filem ini berkisarkan tentang seorang ahli Unit Tindakhas (UTK), Jay Zulkarnain yang perlu menyelamatkan adik perempuannya, Dian yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan.

Trailer J Revolusi : #1


Adiwira Ku
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi
Pengarah: Eric Ong
Format: 2D
Sinopsis Adiwira Ku :
Filem yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tentang pasukan `choral speaking` Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh setiap ahli pasukan `choral speaking`.

Trailer Adiwira Ku : #1


Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior
Bahasa: Melayu / Iban
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pelakon: Ady Putra, Johan As'ari, Langgi Datuk Kanang
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Format: 2D
Sinopsis Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior :
Filem biografi ini mengisahkan tentang seorang Pahlawan Iban yang juga merupakan anggota Tentera Darat Malaysia, yang berjuang demi bangsa dan negara semasa ancaman komunis pada era 70an.

Trailer Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior : #1


Kimchi Untuk Awak
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Genre: Romantik
Durasi: 1 Jam 57 Minit
Pelakon: Aiman Hakim Redza, Emma Maembong, Janna Nick
Pengarah: Michael Ang
Format: 2D
Sinopsis Kimchi Untuk Awak :
Mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan menghabiskan cuti semesternya di Malaysia. Hidup Bella menjadi kucar-kacir sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan. Kakak kepada Bella kemudian memaksa Bella membuat kimchi sempena menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kakaknya. Hatinya menjadi tidak aman apabila mendapati presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan menjadi semakin parah apabila keluarga mereka saling kenal dan mahu satukan mereka. Selepas mereka diijabkabulkan, satu insiden telah berlaku menyebabkan Bella melarikan diri ke Seoul. Danial Lee kemudian pergi mencari Bella di sana dengan harapan untuk kembali bersatu dengan isterinya.

Trailer Kimchi Untuk Awak : Teaser


Sindiket
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 April 2017
Genre: Aksi / Jenayah
Durasi: --
Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Daphne Iking, Liyana Jasmay, Sharifah Amani
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Format: 2D
Sinopsis Sindiket :
Diinspirasikan dari kisah sebenar, ia memaparkan tentang sindiket pemerdagangan manusia dan mengisahkan tentang seorang wanita yang diperdaya oleh teman lelakinya. Dia telah dijual ke rumah pelacuran di mana dia diberi dadah dan dipaksa untuk menjual dirinya.

Trailer Sindiket : #1

Senarai Filem Melayu 2017

Hospital
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 13 April 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: -
Pelakon: Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizza Fairuz
Pengarah: Azaromi Ghozali
Format: 2D
Sinopsis Hospital : 
akan datang

Trailer Hospital : #1

Senarai Filem Melayu 2017

Kamar Seksa
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 20 April 2017
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 20 Minit
Pengedar: GENIUS PARADE
Pelakon: Sazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin, Aiyuni Hashim
Pengarah: M.Suurya
Format: 2D
Sinopsis Kamar Seksa : 
Ia menampilkan dua cerita dalam filem ini iaitu kisah pertama berkisarkan tentang seorang pembantu rumah bernama Mona yang bekerja di sebuah rumah pasangan wanita biseksual. Bagaimanapun dia mula merasa pelik dengan tingkah laku majikannya dan keadaan menjadi buruk apabila pasangan majikannya menyimpan dendam terhadapnya. Mona yang bingung cuba mendapatkan bantuan jiran. Manakala cerita kedua pula mengisahkan tentang Nur, seorang isteri dan ibu cuba mencari kerja untuk menampung perbelanjaan rumah berikutan suaminya sering mencuri wang. Keadaan bertambah buruk apabila suaminya dibuang kerja kerana selalu ponteng.

Trailer Kamar Seksa : #1

Senarai Filem Melayu 2017

Lebuhraya Ke Neraka
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017
Genre: Drama
Durasi: -
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis Lebuhraya Ke Neraka :
Filem seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.

Trailer Lebuhraya Ke Neraka : #1

Senarai Filem Melayu 2017

Minahmoto
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2017
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Dayana Roza, Ariz Lufias, Cat Farish, Julia Hana, Aliff Yasraf
Pengarah: Ahmad Idham
Format: 2D
Sinopsis Minahmoto :
Ia berkisarkan tentang seorang gadis tomboy jelita bernama Aminah yang bekerja di bengkel motorsikal bapanya. Dia mempunyai impian untuk memiliki Yamaha RX-Z, dan apabila dia akhirnya mendapat motorsikal itu, hidupnya sebagai `minah moto` bermula.

Trailer Minahmoto : Official

Akan Datang

Senarai Filem Melayu 2017

Kerja Kahwin
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 20 Julai 2017
Genre: Komedi
Durasi:
Pelakon: Janna Nick, Dato Rosnani Jamil, Shahruddin Thamby, Ziema Din, Syed Ali, Aziz. M. Isman, A.R Badul
Pengarah: Anwardi Jamil
Format: 2D
Sinopsis Kerja Kahwin :
akan datang

Trailer Kerja Kahwin : Official

Senarai Filem Melayu 2017

Kau Yang Satu
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017
Genre: Romantik
Durasi:
Pelakon: Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Winci
Pengarah: Osman Ali
Format: 2D
Sinopsis Kau Yang Satu :
akan datang

Trailer Kau Yang Satu : Official

Senarai Filem Melayu 2017

Hijabsta Ballet
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
Genre: Romantik
Durasi:
Pelakon:
Pengarah: Bob Singah
Format: 2D
Sinopsis Hijabsta Ballet :
Konsep kreatif yang dipaparkan di dalam poster adalah tafsiran intipati filem Hijabsta Ballet. Di mana Adele yang ingin membawa perubahan dengan menyatukan dua dunia iaitu hijab dan ballet. Ia digambarkan oleh lilitan dua helai kain berlainan warna dan watak utama berpakaian ballet. Gambar Adele yang diterbalikkan bertentang dgn gambar latar kombinasi beberapa kota di dunia menggambarkan dia keseorangan berani melawan arus cabaran membentuk dunia yang diinginkannya. Dunia baru ini digambarkan oleh kombinasi lilitan dua helai kain berlainan warna, biru dan hijau membentuk kepompong. Konsep ini diperkuatkan lagi dengan ayat "Warna Perjuanganmu".

Trailer Hijabsta Ballet : Official

Senarai Filem Melayu 2017

Balun
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 29 Minit
Pelakon: Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof, Reen Rahim
Pengarah: Bob Singah
Format: 2D
Sinopsis Balun : 
Hassan seorang pemuda yang telah kematian ayah dan ibu sejak dari kecil lagi. Dia kemudian pulang dari luar negara dan balik menetap di kampung asalnya kerana banyak perkara harus diselesaikan, terutama perihal tanah milik arwah ayahnya dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu. Tetapi apabila dia pulang ke kampung, dia dicemuh sebagai anak kaki judi. Sementara itu Tuan Seman pula terkejut dengan kehadiran Hassan yang disangkakan telah mati ditembak bersama ayahnya. Anak kepada Tok Penghulu, Nur Ain, secara tidak sengaja telah mengetahui kisah sebenar tentang keluarga Hassan dan mula membantu lelaki itu mencari jalan penyelesaian.

Trailer Balun : Official

photo credit to Facebook Zizan Razak

Abang Long Fadil 2
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: NA
Pelakon: Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis Abang Long Fadil 2 :
Fadil mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger. Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Untuk membersihkan namanya dan membuktikan dia tidak bersalah, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger.

Trailer Abang Long Fadil 2 : Teaser

Senarai Filem Melayu 2017

Kau Takdirku
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 September 2017
Genre: Drama / Romantik
Durasi:
Pelakon: Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Bront Palarae
Pengarah: Jason Chong
Format: 2D
Sinopsis Kau Takdirku : 
akan datang

Trailer Kau Takdirku : akan datang

Senarai Filem Melayu 2017

Kolestrol Vs Cinta
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 September 2017
Genre: Komedi / Cinta
Durasi:
Pelakon: Tiz Zakyah, Kamal Adli, Viycha Saywho, Siti Elizad
Pengarah: Eyra Rahman
Format: 2D
Sinopsis Balun : 
akan datang

Trailer Balun : Official

Senarai Filem Melayu 2017

Bisik Pada Langit
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 24 Minit
Pelakon: Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Fadilah Mansor
Pengarah: Kabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Bisik Pada Langit : 
Wak Selamat seorang bapa yang begitu menyayangi anaknya, Siti Hajar, sehingga sanggup menunaikan segala kehendak puterinya itu. Malah Abang Siti Hajar iaitu Zaidi dan adiknya Ikram juga sanggup berkorban demi memastikan impian Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia tercapai.

Trailer Bisik Pada Langit : Official | Tayangan Perdana

Senarai Filem Melayu 2017

I'm Not A Terrorist
Bahasa: Melayu / Hindi
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017
Genre: Aksi / Romantik
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pelakon: Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan, Betty Benafe
Pengarah: Arjin Uppal
Format: 2D
Sinopsis I'm Not A Terrorist :
Dilahirkan di Kashmir, Ummar telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama makciknya di Malaysia. Di sana, dia telah menyambung pengajian di sebuah universiti dan jatuh cinta dengan seorang pelajar wanita bernama Dayana yang merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan. Apabila Ummar mendapat tahu ibunya sedang nazak, Dayana telah membantunya membeli tiket penerbangan ke Kashmir. Namun Ummar tidak tahu yang Dayana turut mengikutnya kerana perasaan ingin tahu selain mahu mengembara. Ketika di sana, Dayana mendapati kebenaran di sebalik mengapa Ummar dihantar jauh dari kampung halamannya selepas terperangkap dengan pengganas.

Trailer I'm Not A Terrorist : Official

AKAN DATANG


Tombiruo : Penunggu Rimba
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017
Genre: Aksi
Durasi: -
Pelakon: Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein
Pengarah: Nasir Jani
Format: 2D
Sinopsis Tombiruo : Penunggu Rimba :
Tombiruo yang merupakan lagenda dan mitos ini adalah seorang pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia dan seorang yang dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sehingga dia sentiasa memakai topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Apabila bapanya terbunuh dalam satu insiden ketika sebuah projek empangan bakal dibangunkan, Tombiruo bersumpah mahu membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian bapanya.

Trailer Tombiruo : Penunggu Rimba : Teaser | Official #1 | Official #2

Senarai Filem Melayu 2017

Dubai My Love
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017
Genre: Romantik
Durasi: 1 Jam 24 Minit
Pelakon: Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Ben Ali
Pengarah: Aidilfitri Mohd Yunus
Format: 2D
Sinopsis Dubai My Love : 
akan datang

Trailer Dubai My Love : Official


Pinjamkan Hatiku
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Genre: Cinta
Durasi: 1 Jam 59 Minit
Pelakon: Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri
Pengarah: Osman Ali
Format: 2D
Sinopsis Pinjamkan Hatiku :
Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.

Trailer Pinjamkan Hatiku  :  Official

Senarai Filem Melayu 2017

Jibam
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pelakon: Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Kazar Saisi
Pengarah: Che Mie
Format: 2D
Sinopsis Jibam :
Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.

Trailer Jibam : Official

Senarai Filem Melayu 2017

KL Wangan: Bikin Gempak
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2017
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Kazuto Soon, Emily Lim
Pengarah: Pekin Ibrahim
Format: 2D
Sinopsis KL Wangan: Bikin Gempak : 
Filem ini berkisarkan tentang Hong dan Yudi yang berkongsi sejarah mengenai lumba kereta jalanan, dari kereta biasa sehinggalah kereta berkuasa tinggi. Selepas bertahun membawa haluan masing-masing, kedua-dua sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Satu hari, mereka secara tidak sengaja bertemu semula di satu perlumbaan tanpa menyedari mereka bersaing sesama sendiri.

Trailer KL Wangan: Bikin Gempak : Official


*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2017 | Filem Gempak Melayu Tahun 2017 | Download Filem Melayu 2017 | Trailer Filem Melayu 2017 | Senarai Filem Melayu 2017 | Senarai Filem Aksi Melayu 2017 | Senarai Filem Cinta Melayu 2017 | Senarai Filem Seram Melayu 2017

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
aduh..filem aku haus darah tu..seram pulak tengok poster dia. dah la tak minat filem seram..aduh..
Rafzan Tomomi said…
hahahahaa. scary kan poster dia.