ROOPAWAN - Online Shopping Untuk Barang Muslimah !



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa yang gemar  shopping online, apa kata anda ke Roopawan (www.roopawan.com). Roopawan mula diperkenal untuk menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim. Sehingga kini, lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini tau.


Tentang Roopawan
Roopawan diperkenalkan kepada umum pada Ogos 2016 semasa Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik. Menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan, Roopawan menyenaraikan variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang). - wahh best ni! :D


Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti. Manakala jenama antarabangsa termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia. 


Roopawan turut menyokong perkembangan perniagaan baharu yang berkecimpung dalam perniagaan atas talian. Persediaan platform mudah dan ringkas (easy set-up), kos penghantaran kompetitif dan transaksi atas talian yang dipercayai menerusi kerjasama pembekal pembayaran atas talian selain strategi pemasaran internet berkesan memastikan capaian meluas untuk pasaran produk Roopawan.

“Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, Roopawan yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan,” menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas portal ini, Mohd Fuad Mohd Noor.


“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin. 

Jadi anda tunggu apa lagi? Jom layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan

Post a Comment

17 Comments

Rafzan Tomomi said…
sama sama awak :D
Suria Amanda said…
Alaaa...apesal semua cantik2..bila nak gaji ni..lambat nau plak rasanya..
Dayah Sprinter said…
Alamak macam mana boleh tak tau.🤣
5 Little Angels said…
Nice website that cater for Muslim only. Will introduce this to my Muslim friends.
Azlinda said…
Baru kenal ...tq kenalkan akk. Lawa2 dan cantik fesyen dorang ni
zuhaira nasrin said…
Pernah bukak web roopawan sebelum ni tapi tak tahu pulak jenis konsep vendor. Hehe
Bella Jamal said…
Kita akan terjah Roopawan kejap lagi.Flat shoes tu cantik-cantik!
Balqis Athirah said…
Banyak juga vendor dia dalam ni. Pernah dengar sebelum ni tapi cepat lupa.. Banyak baju cantik-cantik. Boleh ai shopping baju kat sini.yeah
Alia Farhan said…
Interested with the medshoe and tawaf jam!
Wah banyaknya item yang ada...seronok klik klik ni 😘
Azirahman said…
Baru tau tentang roopawan. Macam banyak benda yang menarik jer..harus terjah.
Betty's Journey said…
Stylish juga baju yang dijual di Roopawan. First time dengar nama website.
Lia Hasty said…
Nama Roopawan tu pun dah klasik bunyi dia. Koleksi pun menarik untuk muslimah.
ANZ said…
Memang habis duit kat sinilah nampaknya. Susah nak cari baju muslimah sekarang haha tapi senang dah sebab ada roopawan ni.
Jia Shin Lee said…
The shoes looks nice, I will check this site out.
Māmy Syu said…
Uih nak kena pegi mengendap ni page roopawan. Hihi..cuci-cuci mata dulu, payday nanti terus sambar haha