Origina Jus & Chocojoy Chocolate Milk - Minuman Yang Lazat & Berkhasiat


Origina Jus & Chocojoy Chocolate Milk - Minuman Yang Lazat & Berkhasiat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Jika anda penggemar jus buah, tahniah kita geng! hehe. Bayangkan tengah-tengah panas, dapat pulak minum jus buah-buahan masa tu, memang syok habis. Haaa Momi nak syorkan anda untuk mencuba produk minuman dari Origina Jus yang mengandungi pelbagai khasiat serta memberi tenaga kepada anda. 

Origina Jus & Chocojoy Chocolate Milk - Minuman Yang Lazat & Berkhasiat

Origina Jus mengandungi jus dari buah-buahan semula jadi, yang bukan berkarbonat tanpa bahan pengawet. Origina Jus ini dikeluarkan dengan empat perisa jus iaitu Jus 'Blackcurrent', Jus Epal & Jus Delima. Yang menariknya, Jus Epal diekstrak daripada Epal Fuji, yang terkenal dengan kemanisan semula jadinya. Paling penting produk Origina Jus semuanya HALAL ya, boleh minum tanpa was-was. Selain itu, ia menggunakan pek yang mudah untuk dibawa dan juga mudah untuk diuruskan selepas minum.

Origina Jus & Chocojoy Chocolate Milk - Minuman Yang Lazat & Berkhasiat

Selain Origina Jus, terdapat juga produk minuman yang berasakan coklat iaitu Chocojoy Chocolate Milk. Bestnya Chocojoy Chocolate Milk ini, ia mempunyai 9% kolesterol, rendah lemak dan tinggi dengan kalsium. Selain itu ia juga diperkaya dengan Vitamin B2, B3, D3 dan A. Boleh minum dengan riangnya hehe. Momi dah cuba beberapa jus dan teh Origina Jus, sememangnya rasa nak minum lagi. hehe. Paling best, Momi dapat rasa Chocojoy Chocolate Milk. Rasa nak borong semua nanti haha.

Origina Jus & Chocojoy Chocolate Milk - Minuman Yang Lazat & Berkhasiat

Jika anda ingin menjana pendapatan, anda boleh menjadi pengedar atau stokis kepada produk minuman Origina Jus ini (No. Telefon untuk dihubungi di bawah) . Produk ini juga boleh didapati di Pasaraya Matahari yang terletak di USJ City Mall dan di kebanyakan pasaraya AEON di seluruh negara (stor terpilih sahaja).

Harga Jus Origina & Chocojoy Chocolate Milk

Origina Jus
Pek Kecil - RM1.00
Pek Besar - RM2.49

Chocojoy Chocolate Milk
Pek Besar - RM2.69

Untuk maklumat lanjut mengenai Origina Jus, sila hubungi : 
Telefon : 03 5519 5700
Laman web : origina2u.com
Facebook : www.facebook.com/OriginaJus


Post a Comment

2 Comments

Otomen Taro said…
Haiiii mak... nak sikit jus chocojoy chocolate milk tu...
Rafzan Tomomi said…
hai otomenn.... meh sini tapi dah habis hahaa