BEST 2016 SONGS

BEST 2016 SONGS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Seperti tahun yang sudah, Momi akan menghimpunkan semua lagu yang Momi suka dan selalu dengar untuk tahun 2016 ini. Sebanyak 80 buah lagu telah 'shotlist' kan dari lagu-lagu tahun 2016, dan Momi telah meng-shortlist lagi, 30 LAGU TERBEST 2016! Pilhan Momi adalah muktamad dan mengikut apa yang Momi selalu dengar. Kalau tahun 2015, kebanyakkannya lagu melayu dan lagu omputeh, tapi tahun ini K-POP & lagu Melayu menjadi pilihan Momi. Ada tak dalam senarai ini pilihan anda? Let's check!


30 Terima Kasih - Kaka Azraff
Tempat ke-30 menjadi milik Kaka Azraff dengan lagu "Terima Kasih". Selepas lagu 'Bukan Hal Aku', Momi terus follow lagu-lagu Kaka dan masa lagu ini di-release-kan, Momi agak teruja nak dengar. Ternyata tidak menghampakan sebab Kaka masih kekalkan muzik ala omputeh dalam lagu 'Terima Kasih' ni. Muzik video 'Terima Kasih' juga unik dan lain dari yang lain. (Saksikan Muzik Video Disini!)


29 Sejati - Faizal Tahir
Tempat Ke-29 milik 'Sejati' yang didendangkan oleh Faizal Tahir. Pertama kali dengar lagu ni, tetiba rasa 'goosebump' , bagi Momi ia sebuah lagu yang kuat dari segi melodi dan cara penyampaian Faizal Tahir. Great comeback from Faizal Tahir! (Saksikan Muzik Video Disini!)


28 Silent Majority - Keyakizaka46
'Silent Majority' nyanyian kumpulan terbaru Keyakizaka46 di tempat ke-28. Diorang ini kira sister group kepada kumpulan Nogizaka46 yang semakin meningkat naik. Pada mulanya tak berapa minat sangat lagu ni, tapi bila kerap dengar jadi suka pulak hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


27 The Great Divide - Rebecca Black
Nombor 27 jatuh kepada 'The Great Divide' nyanyian Rebecca Black. Anda masih ingat lagi lagu 'Friday' beliau yang menjadi kutukan orang ramai tahun 2011. Ternyata Rebecca Black membuktikan kepada mereka yang kutuk lagu 'Friday' yang beliau sebenarnya boleh menyanyi dan menghasilkan sebuah lagu yang hebat macam ni. Really proud of you! :) (Saksikan Muzik Video Disini!)


26 Warkah Untukku - ARA AF2016
Lagu 'Warkah Untukku' ciptaan Hang Nadim dan dinyanyikan oleh ARA AF2016 menduduki tempat ke-26. Dalam banyak-banyak lagu finalis AF2016, lagu ni memang menangkap hati Momi untuk dengar sampai habis. Mungkin kerana ia adalah hasil ciptaan Hang Nadim (Akim Ahmad), jadi lagu seakan-akan lagu Akim & The Majistret. (Saksikan Lyric Video Disini!)


25 Andainya Takdir - Anuar Zain
Tempat ke-25 jatuh kepada lagu nyanyian Anuar Zain, 'Andainya Takdir'. Sebuah lagu ballad yang sangat wow dan vokal Anuar Zain masih mantap okay.  First time dengar dah suka. Kalau anda tengok muzik video lagu ini, memang anda akan rasa sebak.   (Saksikan Muzik Video disini!)


24 Bayang - Khai Bahar
Tempat ke-24 jatuh kepada lagu "Bayang" nyanyian Khai Bahar. Jika sebelum ini, Momi tak pernah dengar dia nyanyi dekat Smule, sehingga lagu ini tetiba keluar masa random play dekat YouTube, Momi rasa lagu ini 'not bad' juga. Suara Khai Bahar memang power! (Saksikan Muzik Video disini!)


23 Why So Lonely - Wonder Girls
'Why So Lonely' nyanyian kumpulan Wonder Girls ditempat yang ke-23. Berbanding lagu 'I Feel You' tahun lalu, lagu 'Why So Lonely' lebih 'catchy' dan seksi. Lagu ini masih lagi mengekalkan genre retro yang kelas dan menarik untuk didengar. 'Baby why I'm  so lonely~' (Saksikan Muzik Video Disini!)


22 Very Very Very - I.O.I
Tempat ke-22 jatuh kepada kumpulan K-pop, "I.O.I" dengan lagunya "Very Very Very". Lagu ini sangat 'catchy' dengan sebutan yang berulang seperti 'Neomu Neomu Neomu'. Sedihnya kumpulan ini akan dibubarkan pada penghujung Januari 2017. (Saksikan Muzik Video Disini!)


21 Utakata Saturday Night! - Morning Musume '16
Morning Musume. masuk dalam list! Yeayy! haha. Tempat ke-21 milik Morning Musume '16, "Utakata Saturday Night". Tahun ini rasanya lagu ini yang paling 'ceria' dan 'menarik' untuk didengar dari Morning Musume. Kalau korang nak tahu, tahun ni lagu J-pop kurang menarik perhatian Momi mungkin sebab banyak dengar lagu dari kumpulan K-pop kot. Semoga 2017 lagu J-Pop mencuri perhatian Momi semula :) (Saksikan Muzik Video Disini!)

sumber : www.soompi.com

20 BOOMBAYAH - BLACKPINK
Tempat ke-20 jatuh kepada kumpulan baru K-pop, BLACKPINK. Momi ambil masa untuk suka lagu ni sebenarnya sebab fokus lagu feveret satu lagi haha. Lama-lama dengar suka pulak kan. Dance dia memang 'killer', sampai baring-baring ngensot semua ada haha. (Saksikan Muzik Video Disini!)

sumber : www.dkpopnews.net

19 I Just Wanna Dance - Tiffany
Tiffany debut song "I Just Wanna Dance" ditempat ke-19. Siapa tak kenal Tiffany, beliau adalah anggota kumpulan Girls' Generation. Tahun ini sangat gembira, akhirnya Tiffany 'release' album mini pertamanya. Sebuah lagu yang rileks bagi Momi. Suka style muzik videonya yang santai. Great debut song for Tiffany. Harap next lebih WOW! hehe.  (Saksikan Muzik Video Disini!)


18 Alhamdulillah - Wani feat. Juzzthin
Tempat ke-18 milik Wani feat. Juzzthin, "Alhamdulillah". Pertama kali dengar lagu ni dah suka sangat, lagi-lagi part korus yang berulang kali sebut "Alhamdulillah". Wani masih lagi terus berkolaborasi bersama Juzzthin setelah kejayaan lagu "Lepaskan". Suka dengar Juzzthin rap. :) (Saksikan Muzik Video Disini!)


17 Jaga-Jaga - Amira Othman
OST drama bersiri "Abang Bomba I Love You" di tempat ke-17. Selepas kejayaan lagu 'Hati-Hati' tahun lalu, Amira Othman kembali dengan lagu "Jaga-Jaga" yang lebih kurang je sebenarnya dengan lagu 'Hati-Hati'. Sebuah lagu yang comel dan 'catchy'. (Saksikan Muzik Video Disini!)

sumber : www.rap-up.com

16 Crush - Yuna feat. Usher
Yuna bersama Usher dalam lagu "Crush" ditempat ke-16 ! Lagu ini sangat 'rileks' dan sesuai didengar masa nak berehat. Menariknya duet Yuna bersama Usher sangat kelas. Bila dengar lagu ni, teringat muzik video dia yang simple dan black & white, Momi suka :). Lagu ini juga pernah mendapat tempat ke-3 dalam carta US Adult R&B Songs Billboard. (Saksikan Muzik Video Disini!)

sumber : genius.com

15 Into You - Ariana Grande
Tempat ke-15 jatuh kepada Ariana Grande, 'Into You'. Momi mula layan lagu Ariana Grande menerusi album terbarunya "Dangerous Woman". Lagu 'Into You' berjaya masuk dalam list 30 Momi ni sebab selalu dengar hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


14 Fly - Jessica
Debut song nyanyian Jessica, "Fly" di tempat ke-14. Ini merupakan lagu pertama selepas Jessica umum dirinya keluar dari Girls' Generation tahun 2014. Seperti yang Momi bayangkan, lagu ini sangat sesuai dengan Jessica. Macam ada maksud tersembunyi hehe. Vocal Jessica memang best. (Saksikan Muzik Video Disini!)


13 Rough - GFRIEND
G-FRIEND dengan lagunya "Rough" ditempat ke-13. Sebuah lagu yang Momi dengar terus meremang bulu roma haha. Sebenarnya Momi suka dengan tarian yang dipersembahkan untuk lagu ini. Memang 'cool' habis. Vokal pon best jugak. (Saksikan Muzik Video Disini!)


12 Why - Taeyeon
Tempat ke-12 jatuh kepada Queen of K-pop, Taeyeon. Lagu 'Why' ni sebenarnya 'not bad' tapi tak se-strong lagu sebelumnya 'I'. Lagu 'Why' sedikit rancak dan catchy juga sebenarnya hehe. Momi rasa Taeyeon lebih menyerlah dengan lagu ballad. Momi juga suka dengan konsep muzik videonya yang santai dan menarik. (Saksikan Muzik Video Disini!)

sumber : www.encikshino.com

11 With You - De Fam
Tempat ke-11 jatuh kepada kumpulan De Fam dengan lagunya "With You". Single ke-2 De Fam ini 100% bahasa inggeris. Best part dalam lagu ni, Momi tunggu bahagian rap je dan ternyata memang puas hati. Best! Best! :) (Saksikan Muzik Video Disini!) 


10 Pencuri Hati - Ayda Jebat
Saia taa kuad! Tempat ke-10 jatuh kepada lagu 'Pencuri Hati' nyanyian Ayda Jebat. Momi pertama kali dengar dah teruja sangat sebab dengar macam lagu dangdut + K-pop!, walaupun masatu orang dok kritik lagu ni. Sebuah lagu yang sangat 'catchy' dan mudah dihafal haha. Momi berpuas hati selepas tengok muzik videonya. hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


09 Playing With Fire - BLACKPINK
BLACKPINK sekali lagi ditempat ke-9 dengan lagu "Playing With Fire". Lagu ni sebenarnya ada 'power' bila anda dengar, mesti akan suka hehe. "Fire" tu melambangkan betapa kuatnya lagu ini, tambah pula dengan bahagian korus yang 'catchy'(Saksikan Muzik Video Disini!)


08 Hate - 4Minute
Tempat ke-8 jatuh kepada kumpulan 4minute dengan lagunya "Hate". Pada awalnya Momi tak layan sangat , lepas tengok Video React To K-pop #4 terus suka dengan lagu ini. Permulaan lagu yang ada dramatik kemudian pada bahagian korus terus rancak. Sedihnya, kumpulan 4minute sudah dibubarkan pada pertengahan 2016 lalu. huhu. (Saksikan Muzik Video Disini!)


07 Russian Roulette - Red Velvet
Lalalalala~ Russian Roulette nyanyian Red Velvet di tempat ke-7. Sebelum Red Velvet release lagu ini, rasa bimbang sama ada lagunya ganas atau comel-comel. Rupanya lagu ini comel sebenarnya. Muzik videonya sangat warna warni hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


06 Tabah - Elizabeth Tan
Tempat ke-6 jatuh kepada Elizabeth Tan, 'Tabah'. Momi suka dengan lagu ini sebab lain dari yang Lizzy boleh nyanyikan. Lagu ni keluar memang tepat kena pada situasi Momi haha.  (Saksikan Muzik Video Disini!)


05 TT - Twice
TOP 5! Tempat ke-5 jatuh kepada Twice dengan lagunya, "TT". Masa lagu ni keluar rasa agak teruja dengan first comeback Momi dengan Twice. Macam-macam spekulasi lagu dia macam mana, adakah ia berjudul "Trick or Treat" sempena Halloween? Sebe"TT" tu sign 'menangis' sebenarnya haha. Choreography lagu TT pon ada buat sign TT, serius comel hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


04 Rain - Taeyeon
Sekali lagu Queen of K-pop kembali di tempat ke-4 dengan lagu "Rain". Sebuah lagu yang rileks dan slow saja. Momi suka sebab vokal Taeyeon lebih menyerlah dalam lagu ini. (Saksikan Muzik Video Disini!)


03 Dirgahayu - Faizal Tahir & Siti Nurhaliza
"Dirgahayu" nyanyian Faizal Tahir & Siti Nurhaliza di tempat ke-3. Sebuah lagu duet yang sangat baik dan amat dinantikan. Gandingan 2 suara yang 'power' melengkapkan lagu Dirgahayu ini. Muzik videonya macam dekat luar negara, tapi sebenarnya dekat Malaysia je hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


02 Whistle - BLACKPINK
Tempat ke-2 jatuh kepada.... BLACKPINK , dengan lagunya "Whistle". Lagu debut BLACKPINK ni memang Momi nantikan dan ini merupakan lagu pertama dari BLACKPINK yang Momi dengar. Sebenarnya suka bahagian 'rap' dan bunyi bersiul dalam lagu ni. Sangat awesome! hehe (Saksikan Muzik Video Disini!)


01 Cheer Up - Twice
Lagu terbest, terseronok layan tahun 2016 ialah lagu dari kumpulan Twice, "Cheer Up". Sebelum dengar lagu ini, Momi bukanlah peminat Twice. Tapi selepas dengar lagu ni terus minat dekat kumpulan Twice. Bila tengok Twice ni teringat zaman kegemilangan kumpulan Girls' Generation. Sebuah lagu yang ceria dan penuh tenaga, siapa yang dengar mesti suka! hehee. (Saksikan Muzik Video Disini!)

fin.

Post a Comment

3 Comments

Ezad Skytech said…
Siapa yang jadi JURI ni tentukan best songs 2016 ? Momi ye ? hehe (^^,)
Rafzan Tomomi said…
ye lerr... hahahaa. Pilihan Momi :)
yaya cendana said…
hi momi. atas pencuri hati laaa...nice blog momi..jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com