Jom Ke Macao! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale

by - 12/22/2016 04:25:00 pm

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Adakah anda pernah travel ke Macao? Momi pun belum lagi sampai ke sana hehe.  Untuk pengetahuan anda, sebenarnya banyak tempat-tempat yang menarik kunjungi di Macao. Baru-baru ini Momi ke Paradigm Mall pada 12 November 2016 untuk 'Exprience Macao' dan jualan mega hujung tahun Macao. 

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale

Ada beberapa booth dibuka dengan mempromosikan penginapan dan tempat-tempat menarik di Macao pada harga yang berpatutan. Sambil-sambil anda membeli pakej-pakej yang menarik disediakan, anda boleh main game jugak. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti menyelesaikan puzzle game dalam masa 30 saat dan 'Grand Prix Simulator Race' untuk memenangi souvenir . Momi sempat mencuba kedua-dua permainan tersebut. Yang puzzle game berjaya tamatkan dalam masa 29 saat dan simulator race tu tak berjaya hehe.

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale
Antara booth yang dibuka.

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale
Puzzle Game yang mencabar gitu hehe.

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale
Pengunjung yang sangat tekun bermain Grand Prix Simulator Race

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale
Seronok betul adik tu main game ye hehe
Oh ya! Mereka yang hadir pada 11 November hingga 13 November 2016 berpeluang menerima tiket masuk Golden Reel dan Travel Accessories dengan setiap pembelian pakej Macao dengan minima penginapan semalam. Bertuahlah mereka yang sempat tempah sebelum 31 Disember 2016 tu. Siapa nak bagi kan? hee.

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale

Event Menarik Untuk Dikunjungi Di Macao 2016

1. 2016 Macao Galaxy Entertainment International Marathon
Event maraton bakal berlangsung pada 4 Disember 2016 ini bertujuan untuk memajukan lagi sukan tempatan, menguatkan ikatan antara Macao dan negara-negara di luar negara, yang membawa kepada oenyumbang dalam mempromosikan pelancongan sukan di Macao. Untuk maklumat lanjut mengenai maraton ini sila layari www.macaumarathon.com/en/ .

2. 2016 Parade Through Macao, Latin City
Event yang berlangsung bulan Disember setiap tahun membawa anda ke zaman klasik purba Cina yang paling popular yang pernah merekodkan sejarah zaman purba, dewa-dewa dan binatang-binatang dan mitos pelik. Ia meliputi sejarah, haiwan, tumbuhan, mineral, perubatan, agama dan budaya rakyat. Untuk maklumat lanjut mengenai maraton ini sila layari www.icm.gov.mo/macaoparade/6/en/

3. 1st International Film Festival & Awards Macao
Yang ni macam menarik ni. Buat julung-julung kalinya, Macao akan mengadakan Festival & Anugerah Filem Antarabangsa yang pertama. Untuk maklumat lanjut mengenai maraton ini sila layari www.iffamacao.com/en.

4. Macao Light Festival
Ini yang paling menarik bagi Momi. Pesta Cahaya Macao yang pasti buat anda teruja melihat kecantikan lampu-lampu yang menghiasi pesta itu nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai maraton ini sila layari en.macaotourism.gov.mo/main/page.php?id=56

Jom Ke Macau! - Experience Macao & Year End Macao Mega Sale

Wahh menarik bukan event yang bakal diadakan di Macao. Anda terlepas Jualan Mega Akhir Tahun Macao? Jangan bimbang! Tapak pameran Pelancongan Macao akan kembali ke pameran MATTA tahun hadapan, 17-19 Mac 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang akan menyediakan pelbagai aktiviti termasuk peraduan dan permainan yang lebih menarik untuk anda menangi. Yang pastinya menarik untuk anda :) 

You May Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. tu laa tengok gambar macam best je kan. In Sha Allah, one day akan ke sana :)

      Delete