Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ini, Momi bersama rakan Blogger menyertai konvoi "Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA " pada 23 dan 24 September 2016. Menariknya konvoi ini disertai lebih dari 40 buah kereta termasuk Blogger, Media & wakil Felcra seluruh negara. Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad . memperkenalkan kepada media mengenai pembangunan FELCRA sejak 50 tahun lalu. 

Serba Sedikit Mengenai FELCRA?
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali dengan "FELCRA" telah ditubuhkan sejak 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup serta nilai kehidupan mereka.

Bermula 1 September 1997, FELCRA telah bertukar nama kepada 'FELCRA Berhad' sama dikopratkan dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Info selanjutnya disini.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Kisah Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA 
Seawal 8.00 pagi berkumpul di KL Sentral bersama Afzal SukaSuki, Halim Brothers & Yazid Izzat untuk ke R&R Sungai Buloh. Kami telah diberi 'sticker' untuk ditampalkan dekat kereta. Maka kereta Afzal bertuah kerana ditampal sticker nombor 10 hehe. Perjalanan dari R&R Sungai Buloh ke Kampung Felcra Lekir (kini dikenali dengan nama KAMPUNG AMAN JAYA) mengambil masa lebih 3 jam. Sempat berehat sekejap di Masjid untuk menunaikan solat jumaat.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Jamuan Desa di Perkampungan Felcra Lekir
Setibanya kami Kampung Aman Jaya, kami disambut mesra oleh En. Ahmad Nahar Md. Yatim, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Lekir bersama pasukan kompang dari Kumpulan Seni Warisan Felcra Berhad Lekir dan penduduk kampung Lekir. Majlis dimulakan dengan pertunjukan seni silat gayong seterusnya mengiring kami ke meja makan masing-masing.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Setelah duduk di meja, kami dijemput untuk makan yang disediakan oleh penduduk kampung Felcra Lekir. Kami juga dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan seperti Durian, Rambutan, Duku & Langsat untuk pemanis mulut. Serius rasa sangat gembira kerana dapat menikmati buah-buahan ni, bukan selalu dapat kan hehe.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Seterusnya kami dijemput untuk menaiki traktor berhias mengelilingi sekitar kampung Felcra Lekir. Momi tak lepaskan peluang untuk naik. Memang seronok sebab penduduk kampung sangat peramah, bila kami lalu je, mereka akan melambai-lambai hehe. Sebelum pulang, kami dihadiahkan ikan bilis. Alhamdulillah. Terima kasih Perkampungan Felcra Lekir.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Networking Dinner Bersama Media Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut
Next station, kami ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut untuk bermalam disana. Momi dapat sebilik dengan Afzal haha. Masuk bilik je dah teruja macam tak pernah duduk hotel. Paling menarik view nampak laut, sangat tenang. Petang tu sempatlah bergambar sekejap dekat tepi laut walaupun tak sempat nak mandi hahaha.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad


Tepat jam 8.00 malam, kami semua berkumpul di lobi resort untuk majlis Networking Dinner Bersama Media. Malam tu kami semua pakai maju merah yang diberikan sebelum majlis bermula. Memang semua merah mak ngah ya hehe. Menariknya malam dinner ini bukan sahaja dapat makan tapi ada cabutan bertuah dan pertandingan karaoke. Mula-mula nama Momi dapat cabutan bertuah, memang tak disangka-sangka haha.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Lebih mengejutkan diri sendiri dan mungkin orang lain, Momi masuk pertandingan karaoke. Momi saja nak menyanyi dan memilih lagu "Mengapa". Semasa menyanyi, Momi tak sangka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua orang haha. Maaf ya kalau sumbang, sebab nervous woi! haha . Paling tak sangka, Momi dipilih sebagai Juara Karaoke malam tu, rasa nak langgar setiap pintu hotel hahah! Terima kasih sekali lagi juri-juri yang memilih Momi haha.


Lawatan ke Pusat Benih Padi FELCRA 
Seawal 6.30 pagi semua berkumpul di lobi dan bergerak ke lokasi seterusnya. Kali ini kami berkonvoi ke Pusat Benih Padi FELCRA Plantations Services Sdn Bhd dimana kami boleh tengok cara benih padi dihasilkan. Sebelum majlis bermula, kami dihidangkan jamuan sarapan pagi yang sedap lagi-lagi nasi lemak, dua bungkus Momi kerjakan ya haha. Selepas itu, kami diberi taklimat mengenai cara menanam padi secara moden mengunakan mesin teknologi tinggi. Salah satu kemajuan dalam pembangunan FELCRA.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Menariknya disini, kami berpeluang untuk melihat sendiri ELA Gyrocopter iaitu sejenis helikopter kecil yang digunakan untuk menabur baja dan racun di ladang kelapa sawit dan sawah padi. Di bahagian pameran selepas taklimat, kami diberi penerangan tentang Cruiser - teknologi untuk rawat biji benih padi. Alhamdulillah, disini kami diberi goodies yang mengandungi beras.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak
Seterusnya kami ke Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak untuk melawat sekitar koperasi tersebut. Untuk pengetahuan anda, koperasi ini telah ditubuhkan dan didaftarkan sejak tahun 1986 lagi, wah Momi pon tak lahir lagi tu hehe. Harga-harga barang di koperasi ini pun berpatutan untuk semua.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Taklimat dan penerangan mengenai Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak disampaikan oleh Pengerusi Koperasi sendiri. Kemudian kami disajikan dengan makanan yang sedap serta air nira yang sangat menyegarkan. Terima kasih Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak. :)

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Perumahan Generasi Kedua FELCRA
Seterusnya kami berpeluang untuk melawat rumah contoh Perumahan Generasi Kedua FECLRA. Kalau dilihat, rumah-rumah Generasi Kedua FELCRA ni memang cantik dan rasa macam nak duduk je dekat situ haha.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Untuk pengetahuan anda, FELCRA Berhad telah kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memantapkan pembangunan modal insan dan pendidikan generasi kedua serta ketiga FELCRA. Jalinan kerjasama itu merangkumi pembangunan keusahawanan termasuk pinjaman kewangan kepada generasi kedua FELCRA dan pembangunan pendidikan kepada generasi ketiganya.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Majlis Penutup Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad
Akhirnya sampailah ke acara kemuncak Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad. Pada tetamu dan media diraikan dengan persembahan kebudayaan . Sambil itu, kami dihidangkan dengan makanan yang lazat dan sedap. Alhamdulillah memang kenyang . Selepas itu kami diberi hamper yang mengandungi produk keluaran FELCRA Berhad.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

Alhamdulillah. Terima kasih kepada FELCRA Berhad dan Hai Blogger! atas kesudian menjemput Momi menyertai Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad ni. Segala pengalaman yang Momi lalui semasa konvoi ni memang seronok dan dapat belajar sesuatu serta mengenali FELCRA Berhad. Terima kasih atas goodies bag, hadiah, penginapan dan semuanyalah , memang sempoi habis. hehe Semoga FELCRA Berhad terus sukses! :)

p/s : Terima kasih kepada geng Blogger yang awesome dan menceriakan majlis. Tak lupa, terima kasih kepada Afzal kesudian menumpangkan Momi sepanjang konvoi ini. :)

Post a Comment

2 Comments

Nadia Johari said…
durian tu..buat kita nak cari esok haishh
Rafzan Tomomi said…
hehehehe.. sila sila :D