Kelibat Siapa Disebalik Tingkap Itu ?

Sumber : Google

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Momi tetiba nak cerita pasal kisah seram yang pernah berlaku sekitar tahun 2009, semasa Momi zaman belajar lagi. Masa tu baru je melangkah ke alam universiti kan, jadi pertama kali jauh dari keluarga. Jadi Momi tak berapa selesa dengan tempat baru tu. Apa yang berlaku dekat asrama yang Momi duduk tu?

Anda rasa seronok ke jika tinggal sendirian dekat asrama? Bagi Momi ia sesuatu yang tidak kelakar, kalau boleh nak sesiapa teman jugak. Suatu hujung minggu tu, kebetulan semua rakan asrama (rumah nombor 5) pulang ke kampung halaman masing-masing, tapi hanya tinggal Momi keseorangan di asrama. Asrama Momi ialah sebuah rumah yang ada 3 bilik. Ruang tamu rumah tu memang besar. 

Pada waktu siang, suasana rumah tu okay je, ada cahaya matahari jadi takde apa-apa masalah kat Momi. Yang jadi masalah Momi ialah pada waktu malam. Memang sunyi sambil ditemani bunyi cengkerik dan lagu mp3 yang dibuka. Sambil tu, Momi buat assignment sikit-sikit . Momi memang berkurung je dalam bilik, tak bukak pintu. Dekat ruang tamu semua lampu bukak termasuk dapur dengan bilik air. Sekitar 10.00 - 12.00 tengah malam masih lagi tenang, tiada gangguan. 

Pukul 1.00 pagi, masih lagi buat assignment sambil dengar lagu. Tiba-tiba rasa nak buang air kecil. Ini yang paling Momi tak gemar, kenapa pagi-pagi macamni nak terbuang? haha. Momi dah tak tahan dan terus lari ke bilik air. Selepas lega buang air kecil, terlintas nak jalan ruang tamu jap. Sampai je depan ruang tamu tiba-tiba pintu diketuk. Ketukan tu sangat kuat. Memang mendebarkan. Momi redha je bukak pintu masa tu. Rupanya Pak Guard , nak tau ada orang ke tak dalam rumah tu, sebab lampu terbuka. Haih, buat terkejut orang je. Lepas tu, buat assignment macam biasa.

Sumber : Google.

Pukul 3.00 pagi, tetiba rasa lapar dan nak mengunyah, Nasib baik dah beli siap-siap biskut dengan roti , memang dah agak akan lapar waktu-waktu macamni. Rasa nak buat air milo panas tapi lupa pulak nak masak air. Okay sebab tengah lapar, gigihlah pergi masak air . Kali ni rasa dia lain macam sikit, tak sedap bebeno rasa hati. Menggigil tangan bukak pintu, menggigil dia pon lain macam. Oh rupanya sebab lapar, patutlah menggigil. Tu la siapa suruh makan sikit sangat masa 'dinner' tadi.

Berjalan dengan penuh cermat ke dapur. Setibanya dekat dapur baru perasan yang lampu dapur tak pasang. Rasanya dah pasang sebelum ni. Rupanya mentol lampu kat dapur dah terbakar. Nak tak nak, terpaksa bersangka baik sebab dah lapar sangat.  Dengan pantasnya isi air dalam 'water heater' tu. Tiba-tiba ada kelibat muncul dekat tingkap , masa tu Momi rasa nak jerit tapi Momi tutup mulut dan menyorok belakang pintu. Jantung dah berdegup laju dari biasa. Kelibat tu masih lagi terpacak di tingkap. Hanya nampak kelibat berbaju putih. 

Semasa menyorok tu, tiba-tiba kelibat itu mengetuk tingkap sekuat hati. Momi pun dengan sekuat hati menjerit dan cakap "pergi kauuu! Jangan ganggu aku" sambil menangis. Lepas tu Momi terus lari masuk bilik. Secara tiba-tiba lampu terpadam. Dengupan jantung makin laju. Rasa nak terkencing balik pon ada. Cuba tenangkan diri dengan bukak mp3 surah dekat laptop. Lalu Momi capai handphone cuba untuk call sesiapa, tengok ada '18 misscall' dari nombor yang tak dikenali. Momi cuba call semula nombor tersebut tapi tak dapat. 

Tiba-tiba lampu kembali terbuka. Momi dengan rasa beraninya berlari ke depan cuba dapatkan pak guard. Buka je pintu, tengok kelibat putih tadi depan rumah. Rupanya dia adalah 'roomate' Momi yang baru balik dari study group kat rumah nombor 7. Momi lupa yang sebenarnya Momi tak tinggal seorang kat rumah tu. Dia ada pesan yang dia balik rumah lambat sikit hahaha. Kisah tersebut tersebar secara atas talian sehingga tamat pengajian. -.-

  Tamat.

Amacam seram tak kisah di atas? Haaa... untuk pengetahuan korang itu cuma rekaan Momi je. Jangan marah ya haha. Cerita pasal kisah seram ni, pernah dengar kisah 'Volkswagen Kuning'? Kini kisah itu difilem dan bakal ditayangkan pada 22 September 2016. 

Sinopsis Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning

Filem 'Volkswagen Kuning' ini mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.



Sinopsis Volkswagen Kuning

BLOGGERS, jom join contest ini  --> http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest- filem-volkswagen- kuning/


#OppoF1s & #SelfieExpert

Post a Comment

8 Comments

ienaeliena said…
tak berani baca skrg hahaha esk siang terjah baca lalalallaa
Rafzan Tomomi said…
hahahahhaa. ending dia lawak, xseram hahaha *spoiler*
Dillaleez said…
Seram nya cter momi ni... Adeh sape kat tingkap bilik dila ni... Hahaha... Okay nnti kan tayangan seram volkwagen kuning... Ahhaha
Rafzan Tomomi said…
baca pagi-pagi tak seram sangat, baca malam ler baru rasa seram haha. mohon tabah di bahagian ending cerita seram Momi tu hahaha
Izwa Kamaruddin said…
Jahat la momiiiiii memula dah seram dahhhhh last2 geram nyerrr hahahaa..
Rafzan Tomomi said…
hahaha tak Momi ler kalau serius sangat haha. love the ending hahah *syok sendiri*
Kaklong said…
Mula2 seram, pastu tergelak baca..XD
Rafzan Tomomi said…
seorang Momi memang macamtu kak. kena ada gelak2 sikit hahaa