Raya 2016 Punya Cerita


Gambar Keluarga Beraya

Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Tahun ni korang beraya dekat mana? Haaa meh Momi nak cerita kisah Aidilfitri 2016. Setelah dah bertahun-tahun (lebih 10 tahun rasanya) tak beraya dekat kampung Emak, tahun ni Alhamdulillah beraya juga disana. Tahun ni lebih meriah , lebih riuh, lebih ramai sebab ramai yang balik kampung tahun ni hehe.

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Malam Raya
Kampung tersebut terletak di Beranang, Selangor je. Ala dekat je, Kalau naik kereta 45 minit dah sampai dah hehe. Mak dengan Kak Long, hari isnin (4 Julai) dah balik kampung dah. Memandangkan Momi masih bekerja sehari sebelum raya, jadi Momi, Ayah, Abadik & Amy balik malam raya ye hehe. Dah beberapa kali nak balik kampung tapi tak berkesempatan, jadi agak nervous nak balik kampung, rasai suasana seperti dulu hehe. Malam tu Ayah Nasa yang jemput kitorang, terima kasih Ayah Nasa. Bergerak dalam pukul 9.00 malam macamtu.

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Sampai malam tu jangan ingat kita tidur ya, tidak ya. Kitorang ber-BBQ pulak malam raya tu. Memang meghiah gais. Ada ayam, kambing, daging dan sosej. Memang makan banyak sangat malam tu, macam orang tak pernah makan haha. Menariknya malam tu tidur dekat ruang tamu dengan semua orang. Serius rasa macam dulu-dulu hehe. (sorry tak tangkap gambar sebab privasi hehe).

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya Pertama
Raya Pertama tu bangun seawal 7.00 pagi lagi, semangat okay bangun nak pergi sembahyang raya. Dalam pukul 8 macam tu dah bertolak ke Masjid berdekatan. Haa.. selesai je sembahyang raya, terus pulang ke kampung semula. Sampai je, diorang suruh makan. Wahh bestnyaaa. Hidangan yang disediakan sangat sedap, dan sekali lagi mengimbau kenangan dulu-dulu hehe.

Suasana Pagi Raya

Ada nasi impit, rendang, kuah kacang, sambal sotong, kuih-muih dan teh tarik. Memang sedap gais.Dah lama tak makan kan semua ni? hehe. Lepastu ada sedara mara datang beraya, macam biasa Team Gadis (termasuk Momi) 'busy' bantu hidangkan air ya hehe. Tahun ni raya pertama tak beraya sangat tapi lebih kepada tidur je haha. Semua aktiviti dibawa ke raya kedua haha. Malam raya pertama masih ada lagi BBQ, malam tu makan pon tak ingat dunia haha.

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya Kedua
Raya kedua bangun lewat sikit, mungkin letih kot hahaa. Pagi tu Abang Iju dan Abadik menebar roti canai okay. Malam sebelum tu abang Iju uli tepung. Haa... semua orang dapat jugak merasa roti canai hasil tebar mereka hehe. Momi makan berapa keping? Haaa.. lebih dari 3 keping ya hahaha! :p


Kisah raya bermula petang sikit, masa ni semua orang bersiap nak pergi beraya 3 buah rumah. Sebelum tu, ahli keluarga Momi dikerah untuk bersiap , nak bergambar untuk raya ya. Berapa keping je dapat tahun ni tapi takpe janji ada hahaha. Terima kasih keluarga kerana memberi sokongan hahaa.

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Rumah pertama nak dituju semestinya rumah yang wajib kitorang singgah. Rumah sepupu emak, kitorang panggil Along Ida hehe. Tak pernah miss rumah ni ya. Kalau datang mesti sekampung punya. Terima kasih kerana masak sedap-sedap untuk kitorang hehe. Makanan cepat sold out ya. Haa kalau kat rumah Along Ida mesti cari biskut Suji. Mesti ada punya hehe. Sempat lagi bergambar dalam rumah reramai ni. Memang semua sporting habis hehe. Lepas tu kitorang beraya rumah Tok Alang Ali dan last sekali rumah, Nek Su (tak sempat bergambar haha).

Bunga Api Masa Raya

Lepas beraya tu, jangan ingat semua orang nak tidur. Tidak tidak tidak. Kitorang menghabiskan 'stock' bunga api yang banyak tu. Momi dah lama tak main bunga api, jadi kanak-kanak riang sekejap, main sampai jerit-jerit. Memang riuh. hehehe. Masalahnya main mercun pop yang baling-baling je pon hahaha. Lepas tu main bunga apa yang keluar bintang-bintang tu, kitorang panggil bunga api besi hehe. Esoknya Momi dah pulang ke Kuala Lumpur hmm sekejap je raya kan huhu.

Moments Raya
Sepanjang raya tahun ni memang banyak jugak gambar yang Momi ambil guna phone dan juga kamera. Jom tengok moments raya kami. hehe :

Gambar BBQ

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi


Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi


Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Gambar Rendang

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi


Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Gambar Keluarga Beraya

Gambar Keluarga Beraya

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Raya 2016 Punya Cerita Rafzan Tomomi

Haaa meriah kan? Serius best sangat raya tahun ni. Dapat berkumpul macam dulu. Memang awesome. Kredits to keluarga Mak Teh, Cik Embun, Pak Saha, Pak Canon, Pak Jayjay dan of course keluarga Mak Esah kerana buat raya tahun ni awesome hehe. Kebanyakkan perkara mesti throwback hahaa. Tahun depan tak pasti lagi beraya dimana. Bagaimana raya korang tahun ni , best tak? :)


Post a Comment

6 Comments

Tengkubutang said…
wow.. meriahnya raya dia.. hehe
Izwa Kamaruddin said…
Meriah nyer raya momi!!
Rafzan Tomomi said…
hehehe. meriah meriah meriah :D
Rafzan Tomomi said…
hehehe. sure meriah :D
Mama Darwiish said…
Happy Family. Wahhh merah berdondon ek. Selamat Hari Raya Rafzan :)
Rafzan Tomomi said…
kan berdondondon :D Selamat hari raya hehe