#MovieReview - Ice Age: Collision Course



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Geng Ice Age kembali lagi menghiburkan kita. Filem kelima Ice Age ni dah mula ditayangkan sejak 7 Julai lagi. Memandangkan Momi adalah peminat siri Ice Age ni, Momi takkan lepaskan peluang untuk menonton filem "Ice Age : Collision Course" ni. Review kebanyakkanya positif dan negatif. Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 



Saksikan Trailer "Ice Age: Collision Course"!
Download Ice Age: Collision Course 2016

SINOPSIS Ice Age: Collision Course
Filem kelima Ice Age, “Ice Age: Collision Course” ini mengisahkan kesimnambungan pengembaraan Manny, Sid dan Diego. Di mana mereka harus meninggalkan tempat tinggal mereka kerana bahaya yang mengancam bumi akibat dari Scrat yang membuat kekacauan secara tak sengaja di luar angkasa.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 7 Julai 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Ray Romano, Denis Leary, John Leguizamo, Jennifer Lopez, Keke Palmer, Simon Pegg, Jesse Tyler Ferguson, Max Greenfield, Jessie J
Pengarah: Mike Thurmeier, Galen T. Chu
Format: 2D, 3D

Review Ice Age: Collision Course 2016

REVIEW Ice Age: Collision Course
Teruja nak tengok Ice Age ni. Jalan ceritanya menarik dan tak membosankan. Kalau filem sebelum ni tentang nak selamatkan diri gempa bumi, filem kali ni lebih dahsyat , macam mana nak selamatkan spesis mereka dari meteor. Selain dari meteor, filem ni jugak fokus kepada anak Manny, Peaches yang dah dewasa dan bakal berkahwin. Satu karakter yang Momi tak suka tapi pasti akan buat korang gelak. Nak tahu siapa? haha


Haaa... dia nilah punca segalanya yang berlaku dekat Geng Ice Age ni (Selalunya memang dia punca utama semua masalah berlaku haha). Macam mana pon korang pasti akan tergelak bila si Scrat ni muncul. Lepas tu, karakter yang bila dia muncul mesti orang akan gelak ialah Granny (Nenek kepada Sid), yang ayat dia #deep dan kelakar haha. Wait for ending, sesuatu berlaku pada dia hehe.


Keseluruhannya, Momi enjoy menonton filem Ice Age kelima ni. Tak terlalu wow tapi mampu buat korang gelak selalu. Kalau bawak kanak-kanak mesti diorang suka punya. Ada masa tengok nanti okay. hehe

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

Poster Ice Age: Collision Course 2016 Download | Ice Age: Collision Course2016 Subtitle | Sinopsis Ice Age: Collision Course Synopsis | Poster Ice Age: Collision Course 2016 Review | Ice Age: Collision Course 2016 | Ice Age: Collision Course 2016 Torrent | Review filem Ice Age: Collision Course 2016 | Barisan pelakon Alice Through The Looking Glass2016  Review film Ice Age: Collision Course 2016 | Ice Age 5 2016

Post a Comment

1 Comments

Bahrain said…
Movie ni memang tak mengecewakan dah sampai kelima dah..