Pengalaman Menyertai Projek Amal Membantu Geledangan


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Pada 5 Mac yang lalu, Momi bersama rakan blogger telah menyertai sebuah projek amal untuk membantu geledangan di bandar Kuala Lumpur. Program seperti ini memang dah lama nak join tapi alhamdulillah dengan kerjasama Idea Master dan Hai Blogger!, Momi dapat jugak join Projek Amal bantu geledangan.


Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk memberi makanan dan pakaian kepada geledangan sekitar Kuala Lumpur. Misi mencari geledangan pun bermula. Mula-mula memang banyak sangat makanan , sampai tak cukup kakitangan tapi Momi gagahkan jugak. Memang berat bawak plastik tu sorang-sorang hehe. Kesemua plastik yang berisi makanan yang kami bawa habis diedarkan kepada geledangan.


Apa yang buat Momi 'touch' bila melihat mereka tidur beralaskan kotak, duduk termenung, ada yang mencari makanan dan ramai lagi. Masa bagi makanan jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka selepas menerima bungkusan makanan dari kami. Alhamdulillah. 


Kita harus bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Kalau kita rasa susah, ada lagi yang susah dari kita kan? Hidup mesti diteruskan. Alhamduillah, terima kasih  Idea Master dan Hai Blogger! kerana memberi Momi peluang untuk sertai projek amal ini. Semoga mereka makan dan minum dengan gembira, rasa seronok bila melihat senyuman mereka. :)



Untuk pengetahuan korang, Idea Master adalah sebuah syarikat pembekal t-shirt printing, baju korporat dan cenderamata korporat terbesar di Shah Alam. Idea Master diasaskan oleh saudara Hafizi Zain dan bermula dengan sebuah syarikat kecil bernama Idea Master Enterprise pada tahun 2008. Kini IdeaMaster adalah sebuah syarikat cetakan baju yang dikenali ramai.


Projek Bantu Gelandangan 2016 ini adalah projek CSR Idea Master sempena ulang tahun mereka yang ke-6. Antara produk yang mereka bekalkan ialah tshirt printing, jaket korporat, uniform korporat dan cenderamata korporat seperti mug, pen, towel, keychain, notepad, pendrive dan macam-macam lagi. Semua blogger dapat t-shirt percuma dari Idea Master. Alhamdulillah :) Untuk maklumat lanjut mengenai Idea Master : 

Facebook: ideamasterpage
Instagram : @ideamaster2u

Alamat HQ Idea Master : 
Idea Master Creation Sdn Bhd,
VG-4 Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Alamat Cawangan Idea Master : 
Idea Master Global Sdn Bhd,
No.8A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

p/s : terima kasih gais. :)

Semua photo credit to Hai Blogger!

Projek Amal Bantu Geledangan | Kedai Printing Terbaik Shah Alam | Idea Master Kedai Printing Shah Alam | Tempat Buat T-Shirt Berkualiti | Projek Amal Bersama Blogger

Post a Comment

11 Comments

Lyana Ishak said…
Best nya dapat wat keja2 amal nie . Teruskan nahh .. ^_^
Rafzan Tomomi said…
hee in shaa Allah :D
Mahamahu said…
Tahniah korang kerana buat kerja amal macam ni.. Aku tak berkesempatan lagi harap2 ada peluang nanti...
Rafzan Tomomi said…
terima kasih mahamahu. In shaa Allah kalau ada paksa halim panggil hahaha :p
Sheila Adziz said…
Allhamdulillah... nice job... teruskan...
Rafzan Tomomi said…
alhamdulillah... in shaa Allah :D
ienaeliena said…
hehe ala mana video comel rafzan angat makanan tu ;)
Rafzan Tomomi said…
kakkkkk.. video tu lawakk. hahahahaa
Mawardi yunus said…
Tahniah, xberpeluang nak join ritu.
Rafzan Tomomi said…
terima kasih. nanti ada peluang join tau :)
Anonymous said…
Saya mmg berminat nak join program mcm ni.. Tapi tak tahu nak mulakan cemana.. Blh beri tunjuk ajar?