#Iftar2015 | KulCats Barrio bersama Amanz x Blogr 2/7

(sumber : Facebook Blogr)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Cerita #Iftar2015 saya diteruskan dengan berbuka bersama Amanz x Blogr pada Khamis, 2 Julai 2015. Majlis berbuka puasa ini diadakan di KulCats Barrio, TTDI. Walaupun sampai lewat sikit, tapi Alhamdulillah sempat makan dekat situ. hahaha :p


Sampai je dekat KulCats Barrio bersama Halim Brothers & Zakwan Zain, terus daftar dan dapat nombor untuk cabutan bertuah. Lepas tu terus carik seat dan ambil makanan. Makanan dia memang menghiah okay. Lalu saya mencuba semua yang ada dekat situ dalam 1 pinggan. hahaha Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka gais. 


Lepas makan tu, rehat perut sekejap sebab nak cuba dessert pulak. Dari jauh dah jejeling dessert tu. hahaha suka kek coklat tu.

Halim cabut nombor cabutan bertuah. (sumber : Facebook Blogr)

Lepas makan tu ada cabutan bertuah. Kebiasaannya bila cabutan bertuah diri ini jarang dapat hadiah cabutan tu, tapi kali ini tuah berpihak pada saya. Bila Halim cabut je nombor , kene pulak nombor saya "24"! Terasa seperti manusia paling gembira di dunia. Terima kasih Halim! Dapat satu beg Shaklee gais. Seronok. Kegembiraan tu tak dapat digambarkan kerana takde siapa nak tangkap gambar masa tu. hahaha. 


Thanks Halim tangkapkan gambar ni . :D

Alhamdulillah. Akhirnya selesai sudah Iftar bersama Amanz x Blogr. Terima kasih kepada Amanz x Blogr kerana sudi menerima saya hadir ke majlis Iftar ni. Seronok dapat kenal dengan beberapa blogger. hehe InsyaAllah korang buatlah lagi tahun depan, nak datang lagi. haha Seronok. :D


p/s : gigih selfie sorang diri. haha

Post a Comment

12 Comments

tahniah diucapkan kerana menang cabutan bertuah tu...
Rafzan Tomomi said…
terima kasihhh ^__^
Dunia Zumal said…
Wah, dapat 1 beg Shaklee yer... Tahniah k.
Rafzan Tomomi said…
Alhamdulillah. Terima kasih Zumal :)
M.Syamsid Dhuha said…
Coolnye boleh jumpe blogger lain . Rajin skrang ni kan group2 blogger buat iftar :D
I N A A I N A A said…
Perghhh tahniahhhh rafzan! Share lah sikit nanti. Hehehe
Rafzan Tomomi said…
yupp. hehehe tu lah.. kalau ada kesempatan , jom la join sekali hehe
Rafzan Tomomi said…
perghh.. hehehe InsyaAllah :D
Tengkubutang said…
amboi.. dapat cabutan bertuah tu.. tahniah.. heee
Rafzan Tomomi said…
heee. terima kasihhh ^___^
wah.. tahniah..
bertuah tu menang cabutan bertuah. Alhamdulillah :)
Rafzan Tomomi said…
alhamdulillah. terima kasih :)