10 Lagu Raya Yang Selalu Kita Dengar Bila Nak Raya!

10 Lagu Raya Yang Selalu Kita Dengar Bila Nak Raya!
10 Lagu Raya Yang Selalu Kita Dengar Bila Nak Raya!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tinggal beberapa hari nak raya ni, bukan main lagi lagu raya dah berkumandang dengan rancaknya di corong-corong radio sejak puasa ke-15 lagi. Semua orang ada lagu raya kegemaran mereka tersendiri, dan entri kali ini saja nak menyajikan 41 lagu raya tak kira lama atau baru, yang kebiasaannya kita dengar bila nak dekat raya. Antara lagu raya yang lama dan baru, saya pastu lagu raya lama lebih memberi impak lebih nak sambut raya tu. hihi

10 Lagu Raya Yang Selalu Kita Dengar Bila Nak Raya!

01 Balik Kampung | Sudirman
Ini semestinya pilihan ramai! Lagi-lagi bila 'feel' nak balik kampung tu. Teringat masa kecik dulu memang seronok bila balik kampung Pontian, Johor naik bas satu keluarga. Pasti terngiang di telinga lagu ini. [Dengar Di Sini!]  

02 Suasana Hari Raya | Anuar Zain & Elina
Lagu ini akan mengingatkan korang ada suasana hari raya masa korang kanak-kanak dulu. Seronok kan? [Dengar Di Sini!]

03 Dendang Perantau | P. Ramlee
Lagu ini adalah salah satu lagu yang paling nak elak di dengar oleh mereka yang berada diperantauan. haha Lebih-lebih lagi dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, cukup buat hati sebak. T^T  [Dengar Di Sini!]

04 Warna Warni Aidilfitri | Hattan, Amy Mastura, Shima, A to Z, Impression, Erra Fazira, Kool, Spring, Lefthanded
Nak rasa kemeriahan beraya bersama keluarga? Inilah lagu yang sesuai. Pasti meriah! Gandingan suara-suara hebat dalam lagu ni buat dia lagi best. [Dengar Di Sini!]

05 Nazam Lebaran | Siti Nurhaliza
Peminat Dato' Siti Nurhaliza pasti akan meminati lagu raya ni. Even ada beberapa lagi lagu seperti Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri dan Sesuci Lebaran, lagu ni semestinya 'stuck' di kepala korang. :) [Dengar Di Sini!]

06 Dari Jauh Ku Pohon Maaf | Sudirman
Antara lagu yang pasti buat orang yang berada diperantauan menitiskan air mata. Lirik dia memang buat air mata bercucuran. Walaupun tak pernah lagi berasa beraya diperantauan, dengar pon cukup untuk rasa sebak. T^T [Dengar Di Sini!]  

07 Cahaya Di Aidilfitri | Black Dog Bone
Bila dengar lagu ni, mesti rasa sebak. :( [Dengar Di Sini!]

08 Bila Takbir Bergema | Rafeah Buang
Ini lagu kegemaran saya dan adik saya. haha We just love the lyric. hahaha [Dengar Di Sini!]

09 Satu Hari Di Hari Raya | M. Nasir
Lagu nyanyian M. Nasir ni memang antara yang tip top masa Raya. Best! [Dengar Di Sini!]

10 Selamat Hari Raya | Saloma
Another best song. Sangat legend okay. haha Lirik "Mintak Mak Kuih Sepotong saya mahu makan kerana perut kosong" memang comel. haha [Dengar Di Sini!]

Lagu Raya Lain yang popular (Klik Untuk Dengar):

p/s : Apa lagu favourite korang? Kongsikan ler disini :)

Koleksi Lagu Raya | Download Lagu Raya | Senarai Lagu Raya Popular | Muat Turun Lagu Raya 

إرسال تعليق

28 تعليقات

‏قال Farrah MF
Lagu2 raya yang lama memang lagi feel berbanding yg baru :)
‏قال Rafzan Tomomi
tu lahhh... papepon mesti carik lagu lama. :D
‏قال غير معرف…
Datin Rafeah Buang menjadi idaman kalbu ku
‏قال غير معرف…
lagu favourite :suasana di hari raya :-)
‏قال Rafzan Tomomi
wahh... best jugak lagu tu :D
‏قال Rafzan Tomomi
favourite saya jugak :D
‏قال MamaBard
memang epik lagu2 raya ni..
‏قال PeRdU cINta
Meriah..lagu raya ni menyegarkan lagi mood dan suasana hari raya..
‏قال Rafzan Tomomi
betul betull. feel raya lebih meluap luap haha
‏قال I N A A I N A A
Dah kedengaran lagu raya kat kedai2.. Mood terus nak berayaa huaaa
‏قال Rafzan Tomomi
tu lahhh Ina. Puasa hari pertama pon dah shopping mall pasang hahaha eksited bebeno ahah
‏قال Dunia Zumal
Makin semangat nak berhari raya...
‏قال aisyah
lagu balik kampung tu memang legend!!
‏قال Emalin Mohd
Lagu evergreen..memang favourite halwa telinga dah nak raya ni
‏قال Yourfabulousmama
Kecik-kecik muda remaja dulu memang tertunggu-tunggu nak dengar lagu raya main kat radio..sekarang petik kat youtube je. Tapi memang list top 10 lagu raya tu terbaik! Time jaln jem pun best dengar lagu raya
‏قال M.Syamsid Dhuha
Mmg tak leh nafi lagi . Lagu2 ni .. lagi beberape hari dengar la kat dalam Giant or supermarket yang berkaitan haha
‏قال titan
ala.

mana lagu rayanya. nak dengaq sat.
‏قال Rafzan Tomomi
kann... lebih bersemangat hehe
‏قال Rafzan Tomomi
serius legend. haha
‏قال Rafzan Tomomi
tahu takpe. dalam bulan puasa ni je nak dengar, nanti dah raya, tak dengar dah hahaha
‏قال Rafzan Tomomi
hehehe betul tu. sekarang lebih mudah, tak perlu beli cd, youtube dah ada kan.
selamat mendengar :)
‏قال Rafzan Tomomi
eh bukan memang dah sejak hari pertama puasa ada pasang ke? haha
‏قال Rafzan Tomomi
sila tekan link [Dengar Di Sini!] :p
haha
‏قال budakbandunglaici
wall tuk entri ini yang cantik
‏قال Rafzan Tomomi
Hee terima kasih :)
‏قال Asyraf Asri
Semua saya suka ! Tak suka lagu raya baru zaman sekarang. Suka yang lama. Lagi best ..
‏قال Rafzan Tomomi
mostly lagu lama-lama buat feel raya tu kuat :)