Movie Review - Minions


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem animasi komedi, "Minions". Filem ini merupakan filem 'spin-off' dari filem Despicable Me. Siapa yang tengok si comel kaler kuning tu mesti rasa macam nak picit-picit ye si comel tu. hahaha Jom baca review selanjutnya :)



Download "Minions 2015"

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 4
Tarikh Tonton : 20 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : 3.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Pierre Colfin & Kyle Balda. Ia direleasekan mulai 10 Julai 2015 (US) dan 18 Jun 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon suara seperti :
  • Pierre Coffin sebagai Kevin, Stuart, Bob & Minions
  • Sandra Bullock sebagai Scarlet Overkill
  • Jon Hamm sebagai Herb Overkill
  • Michael Keaton sebagai Walter Nelson
  • Allison Janney sebagai Madge Nelson
  • Steve Coogan sebagai Professor Flux and Tower Guard
  • Geoffrey Rush sebagai the Narrator
  • Jennifer Saunders sebagai Queen Elizabeth II
  • dan ramai lagi...

Sinopsis Pendek
Filem "Minions" mengisahkan pengembaraan Kevin, Stuart & Bob untuk mencari ketua yang jahat lagi berkuasa selepas gagal kekal bersama ketua-ketua yang sebelumnya. Mereka telah ke Orlando untuk mencari ketua yang baru di Villian-Con dan bercadang ingin menjadikan Scarlet Overkill sebagai ketua baru mereka. (PG13)





Review Sendiri**
Siapa je tak suka Minions kan? haha Tengok gelagat mereka yang super-duper comel tu buat korang gelak tak kering gusi. Menariknya filem ni meng-highlight kan 3 karakte utama Kevin, Stuart & Bob. Semestinya Bob menjadi pilihan saya sebab comel dan ada teddy bear ditangan. Terus terang mula-mula pening sikit menonton sebab tak faham bahasa yang dikatakan (tiada subtitle pada bahasa minion !), tapi tetap gelak tengok diorang. Jalan cerita dia agak menarik dan berlaku dengan pantas sekali haha.


Paling best dan rasa macam teruja bila Bob sebut 'terima kasih' dalam satu scene tu. O-m-aca-g! Sangat seronok mendengarnya. haha Sejak itu, bob menjadi pilihan hati. haha Harap masa menonton tu buat-buat fahamlah dengan bahasa diorang ni. hahaha Overall, kelakar, penuh kejutan dan comel. :3

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.6 / 5 bintang.


Minions 2015 Download | Minions 2015 Subtitle | MInions 2015 Synopsis

Post a Comment

10 Comments

I N A A I N A A said…
Tak tengok tengok lagi... hari tu nak pergi tengok, asyik full je.. huaaaaaaaa
Rafzan Tomomi said…
ye ke? takpe-takpe. minggu ni rasanya dah kurang orang tengok hihi
hahah minion memang comel , giler x suke gelagat dye , lagi2 kalau menanyi . goyang2 hehehe
Rafzan Tomomi said…
hehe kann :) comel je
Mmg suka minion sbb die kiut
Rafzan Tomomi said…
heheh tahu xpe :)
lynndamya said…
Salam, hahaha mmg suka minion sbb comel plus bahasa dia pun comel...tp xtgk lagi, sbb dgr2 org kata xbest sgt..entahlah, download je kot nanti..hehe
Rafzan Tomomi said…
hihihi tengok just for fun okay je hihihi :)
Anis Farhana said…
tak tengok lagi! must watch ni!!

www.thethinkerbelle.com
Rafzan Tomomi said…
heheh must watch okay! :)