4th Reunion | 17 Mei 2015


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. 17 Mei 2015 yang lalu saya dan kawan-kawan dari KPTM Ipoh (2009-2012) sekali lagi ber-reunion buat kali ke-4 (Klik "Reunion Pertama (2013) : Part 1Part 2", "Reunion ke-2 (2013)" & "Reunion ke-3 (2014)"). Tema untuk reunion kali ini ialah Biru. Janji ada kaler biru gitu. hahah Sistem hashtag diperkenalkan iaitu "#XOXO17MEI". haha Reunion kali ini bersama saya, Ara, Ein, Bazli, Wani, Aida dan Akid. Destinasi kali ini masih di Kuala Lumpur, Berjaya Time Square. Jom baca kisah selanjutnya. :)



Breakfast
Pukul 8 pagi, Ein, Ara, Wani, Aida dan saya bersarapan dulu dekat kedai mamak. Seperti biasa mesti ada je benda yang dibincangkan. haha Lepas selesai je makan, kitorang terus bergerak ke Nu Sentral dengan menaiki bas RapidKL. Masa dekat bus stop memasing sempat lagi ajak selfie bersama. haha Thanks to Wani sebab phone dia kamera cantik, so memang banyaklah gambar kitorang dalam phone tersebut. haha


KL Sentral to Time Square
Sampai je dekat NuSentral terus carik Bazli dan settlekan apa-apa yang patut dekat KL Sentral. Lepas tu, kitorang gerak terus ke Berjaya Time Square (TS) menaiki Monorail (sampai stesen Imbi). Setibanya disana, berjalan-jalan jap sebelum nak ke Escape Room. Semua dah begitu teruja nak masuk dalam Escape Room tu. hehe Sementara tu tunggu Akid datang lagi, so kitorang berjalan lagi. haha


Escape Room
Haaa... akhirnya tiba jugak dekat Escape Room (Tingkat 7)! Sebelum masuk sini kitorang siap book bagai dekat website Escape Room. (Tips : Kalau korang rasa nak main ikut waktu pilihan korang, seharusnya korang book nama dulu, takde la tunggu lama-lama kan? dan charge book tak dikenakan.) Kitorang telah memilih tema "Haunted House" (actually pilihan saya dan Ara) dan dikatakan paling susah antara semua tema game yang ada. hahaha! Harga masuk RM38.20 (dengan GST). Kitorang diingatkan supaya jangan tangkap gambar dalam tu, so kitorang semua simpan barang-barang serta handphone dalam loker disediakan. (RM5 Deposit- dipulangkan balik ya) Game ni berjalan dalam masa 45 minit (kalau tak lepas, boleh mereput disitu haha).


Let's begin our journey! haha Kitorang disuruh berbaris, dan saya adalah yang last sekali. hahaaha Kitorang dibahagikan kepada 3 team: Team 1 - Akid & Ein, Team 2 - Wani, Bazli & Aida dan Team 3 - Ara & saya. Masa pembahagian ni sangat lawak, asyik selalu tukar tukar je lepas tu ada yang bergaduh pon ada. haha Serius lawakk! Sebelum bergerak tu, mata dah ditutup pulak so kitorang tak tahu dia bawak kemana tah. Mula-mula Team 3 - Saya & Ara ditarik masuk. Kitorang dah dengar suara orang menangis bagai, saya dan Ara begitu senyap sekali haha Lepas tu Team 2 - Wani, Bazli & Aida masuk, lepas tu ada jerit-jerit plak hahahah lawakk. Dan last sekali Team 3 - Akid & Ein dipanggil. Bukak je mata, tengok memang gelap gilers. Huarghhhh! kitorang dalam kawasan yang ada pagar. Misinya adalah cari klu untuk bukak semua pagar dan keluar dari situ.


Pada mulanya memang krik-krik-krik , tak berapa faham apa yang dia nak. haha (sebenarnya saya & Ara kecewa sebab bukan seperti yang diimpikan. haha) Kitorang masih mencari klu dan dapat beberapa klu. Kitorang jugak ada mintak macam Hint tapi masih tak berjaya. haha (Info : Korang boleh mintak Hint sebanyak 3 kali sahaja). Sedar tak sedar, masa 45 minit dah tamat haha Serius susah gilers. Tak lepas pon , so kami kategori "LOSER" haha Papepon memang menguji betul. haha Kalau nak masuk carilah tema game yang senang sikit. haha Sebelum pergi, sempat bergambar dekat backdrop Escape Room tu. hihi


Photo shoot
Lepas Escape Room, kitorang nak cari tempat photoshoot. Punya beria memikirkan tempat, dah takde idea pulak nak photo shoot tu, jadi kitorang pergi belakang Time Square je, jumpa batu cantik dekat belakang. haha Apa lagi, kitorang pon posing dengan berianya. Semestinya Handphone Wani popular sungguh saat ini. haha Selepas ber-posing sakan ni, lapar pulak rasanya. Ingat nak makan Boat Noodle tapi apakan daya, ramai orang terus cancel makan. Sempat beli roti dekat Bread Story untuk alas perut katanya.


Red Box Karaoke, Plaza Low Yat
Selepas emosi Boat Noodle penuh, kitorang terus bergerak untuk aktiviti seterusnya "Karaoke". Kebetulan masuk tu time "Happy Hour", so dengan RM33 kami berkaraoke selama 5 jam okay! O-M-aca-G! Buat apa lama-lama dalam tu kan? haha Macam-macam lagu hits keluar okay. Lepas sorang-sorang nyanyi, memang puas. Bukan tu je, kitorang sempat main UNO dalam tu, sementara ada yang nyanyi. Serius cool! Jarang dibuat orang rasanya. haha Akak yang keje itu pon nak join tapi kitorang suruh dia buat kerja hahaha :p


Suprise Birthday 
Surprise birthday untuk siapa tu? Tiba-tiba Ein tengah karaoke, kat TV tu keluar lagu 'Birthday' kanak-kanak dan kitorang macam terdiam jap apa awalnya, lepastu tetiba kitorang pon join nyanyi. hahaha Wahhh~ ada orang buat surprise birthday untuk ein. Bestnyaaaaa! Hahaha Selamat Hari Lahir untuk Ein yang ke-24! (11 Mei 2015) She look so happy ! hahaha Thanks to kawan ein. :) Karaoke masih diteruskan sambil makan kek. hihi nyum nyum nyum :D


Old Town White Coffee, Time Square
Setelah selesai sumbangkan suara, ape lagi masing-masing lapar pulak, nak makan. Jadi kami memilih Old Town White Coffee , kire Lunch+Dinner terus. hahaa Macam biasa mesti riuh rendah masa nak order tapi nasib semuanya selamat diorder walaupun nak order pon bergaduh bagai. haha. Mase ni macam-macam kisah keluar, "buat apa sekarang?", "#Throwback" dan macam-macam lagi. Rasanya lama jugak lepak situ, dalam pukul 8 lebih baru bergerak pulang. hihi


Haaa... serius reunion kali ni lebih mengeratkan silaturrahim sesama kami. Terima kasih Ara, Ein, Bazli, Wani, Aida dan Akid for this great moments. Sedih sikit sebab kali ni Kak Fara & Daus tak join sekali, harap-harap join next reunion tau :) InsyaAllah kita teruskan bila-bila masa kita semua free okay. Iloveyou gais, XOXO!


































Escape Room Time Square | Harga Masuk Escape Room | Red Box Karaoke Price | KPTM Ipoh Reunion 

إرسال تعليق

2 تعليقات

‏قال budakbandunglaici
wah best giler dapat jumpa balik geng kan
‏قال Rafzan Tomomi
yupp sangat seronok. hari yang penuh gelak tawa hihi