Movie Review - The Duff



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem romantik komedi, "The Duff". Filem ini adalah di introduce oleh Ekin , dia paksa tengok trailer. haha Lepas tengok trailer, ia nampak menarik. Jadi saya pergi menonton. hihi Jom baca review selanjutnya :)



Download The Duff 

Tempat : TGV Cinemas KLCC
Hall : Hall 9
Tarikh Tonton : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa : 2.45 Petang

Filem ini diarahkan oleh Ari Sandel . Ia direleasekan mulai 20 Februari 2015 (US) dan 9 April 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :

  • Mae Whitman sebagai Bianca Piper
  • Robbie Amell sebagai Wesly Rush
  • Bella Thorne sebagai Madison Morgan
  • Bianca A. Cantos sebagai Casey Cordero
  • Allison Janney sebagai Mrs. Piper
  • Ken Jeong sebagai Mr. Arthur
  • Nick Eversman sebagai Toby
  • dan ramai lagi.

Sinopsis Pendek
Filem "The Duff" mengisahkan tentang Bianca Piper; seorang senior High School yang tertekan apabila rakan sekolahnya aka jiran sebelah rumah, Wesly Rush mengatakan yang Bianca adalah seorang 'DUFF' (Designated Ugly Fat Friend).  Bianca digelar The Duff kerana beliau seorang yang selekeh dan berkawan bersama gadis yang cantik & popular. Bianca telah meminta pertolongan Wesly untuk mengajar dia cara untuk membuat Toby suka padanya. Hal itu telah disalah anggap oleh Madison (bekas teman wanita Wesly, yang kejap couple kejap tidak). Pelbagai masalah yang harus dihadapi oleh Bianca. Dapatkah Bianca mencapai impiannya bersama Toby? 

Poster "The Duff" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Bile tengok filem ni korang akan rasa nak gelak je tengok gelagat Bianca ni. Dia punya slumber, gangster nampak sangat comel. hahaha Tak sangka filem ni akan jadi sangat best. Paling best masa dia belajar nak bercakap dengan lelaki, serius lawak. Lepas tu scene dia mintak tolong Wesly dengan suara 'Monster' aahaha Serius comel. hahaaha Bile tengok filem ni, kadang-kadang rasa macam diri sendiri pulak Duff , masa zaman sekolah dulu. hahaha Rasa macam best pulak kalau ada kawan macam Bianca ni. Mase tengok ni, bila part kecewa semua orang macam "ahh~ kesiannya" dan paling best, habis je cerita ni semua orang tepuk tangan. hihi Filem ni PG13 yer, ada la sikit-sikit scene xoxo. hahaa "Crazy Amazing" - Bianca Piper 


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Comel dan kelakar, saya suka!. Dengan ini saya memberi 4.8 / 5 bintang.


إرسال تعليق

1 تعليقات

‏قال budakbandunglaici
kena pi tengok ni

Salam & hi awak,

Mintak maaf semua peserta Pencarian Bloglist April, Mei & Jun 2015 by BBL. Baru je update senarai bloglist terbaru.

Boleh rujuk entri ini ya

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2015/04/update-senarai-bloglist-mei-jun-julai.html