Movie Review - The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water

(sumber : google image)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Minggu lepas sebelum pergi bercuti, sempat tengok filem ni. hehe jadi saya nak review filem kartun kesukaan saya, "The Spongebob Movie Sponge Out of Water". Nak tahu best ke tak? Jom baca review selanjutnya :)



Download The Spongebob Movie Sponge Out of Water

Tempat : Mid Valley
Hall : Hall 8
Tarikh Tonton : 5 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 6.15 Petang

Filem ini diarahkan oleh Paul Tibbit dan Mike Mitchell . Ia direleasekan mulai 6 Februari 2015 (US) dan 5 Mac 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan watak-watak dari siri kartun "Spongebob Squarepants" seperti Spongebob, Patrick, Sandy, Mr. Krab, Squidword dan Plankton.

Sipnosis Pendek
Filem "The Spongebob Movie Sponge Out of Water" berdasarkan siri tv kartun Nickelodeon "SpongeBob SquarePants". Merupakan kesinambungan dari filem pertama "The SpongeBob SquarePants Movie". Filem ini mengisahkan formula rahsia "Krabby Patty" yang menjadi kesukaan penduduk Bikini Bottom telah dicuri oleh seorang lanun. Spongebob & musuh ketat Krusty Crab, Plankton telah bersatu untuk membantu Bikini Bottom yang telah dilanda kemusnahan akibat kehilangan formula rahsia tersebut. Adakah mereka berjaya? Jangan lupa tengok ya :)

(sumber : google image)

Review Sendiri
Kekadang tengok jugak spongebob kat TV tu, walaupun episod dah berapa kali tengok tapi masih gelak. hahaha Bila dapat tahu Spongebob akan ke panggung wayang, serius sungguh excited! Keadaan yang sama bila tengok dekat tv atau wayang, masih lawaknya tersendiri. Of course, Patrick adalah salah satu sebab kenapa tengok filem ni, dia super comel, super adorable & pink. haha Dalam filem ni, lebih fokus pada Spongebob & Plankton nak carik balik formula tu, you know Spongebob memang baik orangnya hahaha Paling awesome diorang dapat naik atas darat dan ade super power. Sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakat hahaha

Rate
It's funny & best! Dengan ini saya memberi 4.7 / 5 bintang.


إرسال تعليق

4 تعليقات

‏قال I N A A I N A A
Huaaa nak tengok. Tak ada kesempatan lagi nak tengok
‏قال Rafzan Tomomi
hee. nanti pergilah ye :)
‏قال Aqilah Azmi
ehh mana aciiiiiii dah tngok T_T
‏قال Rafzan Tomomi
ehh aci laaa hahha :D