Movie Review - Transformers: Age of Extinction


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "Transformers : Age of Extinction" atau lebih dikenali "Transformers 4". Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 26 Jun 2014 (Khamis). Jom baca review selanjutnya. :)


Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 12
Tarikh : 28 Jun 2014
Masa : 2.10 Petang

Filem ini diarahkan oleh Michael Bay dan direleasekan mulai 26 Jun 2014 (Beberapa Negara) dan 27 Jun 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan hari pertama selepas ditayangkan sebanyak $30,000,000 (30 Juta). Durasi filem ni ialah 165 minit (2 Jam 45 Minit). Filem ini menampilkan pelakon seperti Mark Wahlberg sebagai Cade Yeager, Stanley Tucci sebagai Joshua Joyce, Kelsey Grammer sebagai Harold Attinger, Nicola Peltz sebagai Tessa Yeager & Jack Reynor sebagai Shane Dyson.


Bagi peminat setia atau yang mengikut filem Transformers, pasti teruja dengan kemunculan filem ke-4 ni. Ini merupakan pertama kali saya tengok filem Transformers dalam wayang, sebab sebelum ni pon tak pernah tengok . hehe Minggu lepas saya download 3 filem terawal semata-mata nk tengok yang ni. Filem ke-4 ni masih kisah Optimus Prime dan geng dia. Lepas diorang perang 4 tahun lepas, banyak kemusnahan berlaku kat Chicago. Jadi kerajaan U.S. rasa geng-geng Transformers ni penyebab banyak kemusnahan, dan nak hapuskan semua Transformers yang ada. Banyak yang menyorok sebab terima arahan dari Optimus Prime supaya menyorok dari manusia. Banyak jugak diburu dan ada yang kene bunuh pon. Optimus Prime dirawat semula oleh Cade,seorang yang suka cipta robot. Mase tu macam-macam berlaku dan Cade sekeluarga diburu. Kenapa Cade diburu? Adakah kesemua Transformers masih hidup, jangan lupa tengok ye :)


Boleh dikatakan terlalu panjang filem kali ini dan semestinya banyak action dan boom sana sini. Saya rasa macam terlalu banyak benda nak dimuatkan dalam filem ni, so dia nampak macam berat sikit untuk faham. haha Masih ada jugak scene-scene yang lawak dan paling teruja tengok T-Rex! Memang sangat awesome! Dalam filem ni jugak, kurang nampak En. Bumblebee yang comel, lebih fokus pada Optimus Prime, Cade dan beberapa watak lagi. Tapi cerita masih awesome!

Rating : 4.5/5


إرسال تعليق

2 تعليقات

‏قال Rafzan Tomomi
yuppp... saya pon lebih suka Transformers 2 hee. tahu xpe.. tak sabar gak ^___^
‏قال Rafzan Tomomi
Bahrain : yuppp hee