ISTANBUL AKU DATANG!

14:28:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut setia blog saya. Macam biasa, korang ape khabar? Untunglah pada sape-sape yang cuti. hehehe Selamat menikmati cuti anda yang sebaiknya okey! 

Istanbul Aku Datang!

Bukan saya nak ke Istanbul ye, sebenarnya isnin lepas pergi tengok wayang cerita "Istanbul Aku Datang!" bersama abang dan adik saya. Saya tengok cerita tanpa tengok trailer dan mana-mana sumber. Hanya tengok poster. hehe Firstly, Lisa sangat comel dalam filem ini. Sangat comel!!! :3 Baju-baju yang dia pakai pun semua comel-comel belaka. Lepas tu, dalam filem ni Lisa adalah blogger. Sangat cantik blog dia. hee Jalan cerita pun okey takdelah mengarut sangatkan.Sangat suka konsep dia. hee


Dengan ini saya memberi 4 bintang dari 5 bintang. hee Pada sesiapa yang tak tengok lagi, jom terjah panggung wayang layan cerita ni. :)Saya tak retilah nak review-review ni, ape pon cerita ni sangat nice hahaha :)

Kacamata dari Mama Jee


Yeah! Saya dah pakai dah spec mata ini yang dihadiahkan oleh Mama Jee. Masa pergi Seremban hari tu kami pergi kedai ade jual spec palsu, mama tanye "Bee nak Spec tak?" *sambil pepandang ke arah spec-spec tersebut* "Rasenye nak ni la." *ambil terus tanpa ragu* pastu tanye Ara "Ara, okey tak?" "Okey!". Terus cakap kat Mama Jee, "Nak yang ni laa." hehehe. Saya jarang la pakai spec tipu ni first time ni. hee Terima Kasih Mama Jee. :) Saya akan pakai masa jenjalan.

Salam Maal Hijrah 1434H

Seperti sedia maklum, 15 November 2012 adalah tahun baru hijrah yang ke 1434H. Marilah kita menanam azam baru untuk tahun baru ini. Hee Saya nak ucap "Salam Maal Hijrah 1434H" :) Jom baca doa Awal Tahun dan Akhir tahun :)

klik gambar untuk tumbesaran.

Sampai disini dulu entri kali ini. Sila lah follow blog saya kalau sudi ye. nanti bagitau lah awak dah follow dengan link blog sekali, senang nak follow balik. Terima kasih. Jumpa lagi Assalamualaikum & Bye Bye! :)

Sebelum "close" meh layan lagu ni dulu dari OST "Istanbul Aku Datang!" , "Aku Datang" nyanyian Tomok. Enjoy!

2 comments: